Konco-konco ku

Tuesday, December 25, 2012

BEKAS PENGERUSI SPR DITAWARKAN BERTANDING PRU13


Di sebalik 'kehangatan' cakap-cakap politik bekas pesara perkhidmatan awam menyertai parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmad juga ada ditawarkan peluang bertanding kali ini.

Dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online baru-baru ini, Abdul Rashid mengesahkan ada parti yang mendampingi beliau agar bertanding pada PRU13.

Katanya, tempat yang boleh ditandingi juga dinamakan oleh parti terbabit.

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi butiran mengenai kerusi dan parti yang menawarkan peluang itu.

"Ada, sebut pun nama-nama tempat (yang saya boleh tanding), tapi saya hanya mahu beri sumbangan kepada pembangunan negara," kata beliau ketika ditanya mengenai parti politik yang mempelawanya tanding.

Abdul Rashid yang kini terlibat dalam bidang perniagaan sekadar berkata, "itu saya tak payah sebut. Tapi saya akan terus berikan perkhidmatan."

Beliau yang menyandang jawatan Setiausaha SPR selama 17 tahun dan Pengerusinya antara 1998 dan 2008 secara berseloroh berkata, "saya nak tanding? Tak bolehlah. Sudah tidak ada tenaga."

Dipercayai buat kali pertama begitu ramai bekas pegawai kanan kerajaan ditawar dan dipelawa oleh parti-parti politik agar bertanding pilihan raya umum.

2 comments:

  1. banyak parti yang tak ada calun sekarang. tak payah jadi ahli dulu. ahli-ahli yang dah berjuang lama jawabnya gigit jari la. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Ayam pencen biasanya di minati oleh PKR dan Pas,tapi kali ni,ayam yg di sangka pencen rupanya masih mahu terus berkhidmat utk pembangunan Negara,maka kempunanlah si penghasut .Syabas TS.A.Rashid.

    ReplyDelete

comment please.....