Konco-konco ku

Sunday, December 23, 2012

BANJIR DATANG LAGI!! KHALID GAGAP MENYOROK DALAM SELUT!!

SUDAH lebih 4 tahun puak pakatan memerintah negeri Selangor dan selama itu jugalah tiada penyelesaian yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani masalah banjir yang semakin teruk. Apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah kepimpinan Khalid Gagap dan kroni DAP nya?

Kalau dulu semasa kerajaan BN memerintah Selangor, setiap kali banjir datang dikatakan bala dari tuhan supaya rakyat memilih kerajaan pilihan Allah iaitu pakatan. Tapi kini apa dah jadi? Apabila banjir datang masa pemerintahan pakatan mereka kata banjir ini adalah rahmat dari Allah.

Cakap, bangkang, bantah memang senang tapi sistem kerja untuk membangunkan negeri tak semudah yang disangka. Menguruskan negeri bukan semudah bercakap fitnah maki hamun di atas pentas. Rakyat sudah muak dengan ceramah hasutan pakatan walaupun telah menjadi kerajaan.

Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang telah berjaya diambil alih namun tiada sebarang perubahan yang baik berlaku. Para pemimpin pakatan berterusan menebar benih fitnah kepada BN bagaikan BN ini tiada pernah melakukan kebaikan. 

TUKAR KERAJAAN!! RAMPAS PUTRAJAYA!!

Tapi sedarkah pemimpin pakatan yang bersuara? Mengurus pentadbiran kerajaan tak semudah bercakap di atas pentas. Cakap sepatah, sorak selangkah! 

Kerajaan apakah ini jika tak tau nak menyelesaikan masalah? Harta telah dirampas. Manifesto 2008 bukan lagi janji. Kebajikan rakyat terus diabaikan.....

No comments:

Post a Comment

comment please.....