Konco-konco ku

Saturday, December 22, 2012

TERKINI DARI PENJARA KAJANG!! SAFWAN ANANG & @ABBY_ABADI112 TERUS BERKUMPUL!!


Sekumpulan mahasiswa dan aktivis berkhemah di luar kompleks Penjara Kajang, Kajang malam ini bagi menuntut keadilan ekoran keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi hari ini.

Kumpulan itu memasang lima khemah di kawasan pintu masuk ke penjara sekitar jam 10.30 malam tadi.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa matlamat mereka berkhemah bukan bermaksud untuk memprotes, tetapi bagi memaklumkan kepada umum bahawa hukuman yang dikenakan ke atas sahabat mereka adalah tidak munasabah.

"Saya dan rakan-rakan akan berkhemah malam ini sehingga hari Isnin iaitu hari sama Umar akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan.

“Kami sebagai sahabat Umar turut bersolidariti bersamanya walaupun berada di luar penjara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Umar, 23, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kesalahan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapan bulan lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu ke atas Umar yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dan hukuman penjara selama sebulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dalam penghakimannya, Zaki Asyraf berkata, tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Mohd Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas.

Umar Muhammad didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai penguat kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Safwan menambah, Adam Adli dan Abby Abadi merupakan antara beberapa individu yang hadir memberikan sokongan.

"Sokongan Abby yang susah payah datang benar-benar buat kami terharu.

"Kami benar-benar tidak menyangka terharu orang ramai termasuk beberapa ahli PSM yang prihatin sudi bersama kami dalam perjuangan ini," katanya lagi.

Sehingga jam 10.45 malam tadi, jumlah orang yang hadir beri sokongan telah meningkat 100 orang, ujar Safwan.-SH

1 comment:

  1. Apa yang tidak munasabah? Hukuman mahkamah atau tindakan beliau sendiri sedangkan beliau masih lagi pelajar yang ditanggung. Nasib baik sebulan penjara. Kalau 3 tahun? Ramai yang dah lama dahaga dalam penjara tu. kekekeke.

    Baca "Bila lelaki berkain batik" di Tendang Terajang.

    ReplyDelete

comment please.....