Semalam kita digemparkan dengan salah satu Kamera AES telah disembur dengan cat merah di Selangor atau lebih tepat lagi di Bangi. Seperti yang kita maklum, kerajaan negeri di bawah Khalid tidak bersetuju dengan penggunaan kamera AES dengan alasan membebankan rakyat. Dan ada juga ura-ura yang mengatakan, kerajaan negeri akan menanggalkan semua kamera AES yang ada di Selangor sendiri.
Akhirnya, setelah lama perkara ini mengambil tempat, maka ada tangan dajjal datangnya dari pakatan telah mengambil langkah sendiri untuk menghapuskan fungsi kamera AES. Memang dajjal sungguh puak-puak ni. Kalau nak bertindak pun ikutlah saluran yang betul. Aku pun tak suka kamera AES, jadi kita ada pilihan lainkan untuk membantah, janganlah guna otak bodoh sendiri untuk bertindak!
Perkara ini telah pun dilaporkan kepada pihak polis dan Balai Polis Sepang telah mengesahkan menerima laporan tersebut, siasatan dan tindakan susulan akan dijalankan secepat mungkin.
posted from Bloggeroid
Mengapa kamera dipasang disitu. Adakah tempat itu banyak terjadi kemalangan maut kerana terdapat ciri ciri bahaya pada jalanraya sekiranya dipandu laju. Berapa had laju? 110, 90, 80km atau rediculously lebih rendah lagi? Average kereta buatan Malaysia adalah sekitar 130kmj walaupun speedometer ada yang melebehi 200kmj
ReplyDeletePada awal pemasangan berbelas ribu sehari kesalahan tetapi sekarang telah turun sekitar 3000. Mengapa masih ada 3000 kesalahan? Adakah pemandu2 masih tidak sedar dan mengetahui akan 'perangkap' had laju disitu. Atau pun angka itu merupakan orang luar yang lalu disitu. Mungkin perlu lagi ditingkatkan amaran selain hanya gambar kamera sahaja yang kerana banyak lagi signboard2 lain yang telah mengaburi pemglihatan pemandu. Bawak Inspira atau Myvi atau Kancil sekali pun, 80kmj bukan perasan yang kereta itu dipanggil laju pun. Apa lagi kalau Merc, BMW dll. Kalu demi utk keselamatan pemandu sekiranya tempat itu betul2 bahaya ada baik dibuat bumb atau cat timbul yang memngegarkan kenderaan kalau dipandu laju juga.
Saman kompaun RM300 atau pun denda Mahkamah mungkin RM1000 atau pun meletakkan pesalah dalam kesusahan amatlah tidak baik. Kecualilah syarikat yang memasang AES. Mereka mendapat tentunya melebihi RM10 dari setiap kesalahan. Itu baru satu tempat, kalikanlah dengan beratus tempat yang akan dipasang kelak.
Bukan tak setuju tapi kan lebih baik dibaiki akan sistem perlaksanaannya? Supaya tidak nampak macam rimau menunggu untuk serang hendap mangsanya.