Konco-konco ku

Monday, December 10, 2012

TERIMA KASIH KHALID KERANA CATU AIR PENDUDUK SELANGOR!!

TERIMA KASIH Khalid Ibrahim kerana berjaya menambat hati rakyat Selangor dengan janji manis penuh palsu dari anda. Terima kasih Khalid Ibrahim kerana selepas 4 tahun memerintah segala harta rakyat Selangor berjaya dirampas umpama penyamun tarbus.

Mendapat berita sedih dari salah seorang rakan JB di ibunegeri Selangor, Shah Alam yang mana kawasan rumah pangsapuri yang didiami beliau dan keluarga sudah seminggu tiada air. INI BUKAN SALAH KHALID!!

Akibat dari ketiadaan air dari pili di rumah, maka mereka terpaksa berpindah sebentar ke Kuala Selangor dan berulang-alik ke Shah Alam setiap hari untuk mendapatkan air bersih dan menjalankan aktiviti harian. INI BUKAN SALAH KHALID!!

JMB juga telah meminta maaf dan menghantar short-notice kepada hampir 100 penghuni rumah memberitahu yang SYABAS telah memotong bekalan air buat sementara waktu atas arahan dari pihak atasan. INI JUGA BUKAN SALAH KHALID!!

Dan yang lagi mendukacitakan, hampir semua penduduk yang tidak menerima air itu adalah MELAYU yang konon hendak dijaga kebajikannya jika pakatan memerintah. INI SERIUS BUKAN SALAH KHALID!!

Jangan disalahkan Khalid Ibrahim kerana yang mengawal semua urustadbir kerajaan negeri Selangor bukanlah beliau. Beliau hanyalah menjadi patung yang duduk diatas kerusi empuk dan mendengar arahan.

Siapa yang mengawal Menteri Besar Selangor?? Tepuk dada Faekah, tanya Khalid!!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...