Konco-konco ku

Monday, December 3, 2012

ANWAR SUDAH KELUARKAN TENTERA DAJAL PERINGKAT KEDUA!!

ISU yang bermain di dalam media sejak kebelakangan ini seperti sudah dirancang walau pelbagai penjelasan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO yang terlibat dengan perancangan Ketua Pembangkang ini. Tidak hairanlah kenapa selepas terpadam satu isu, kini timbul pula isu baru.

Kita dikejutkan dengan kes paria Deepak yang diarahkan oleh Anwar dan perancang strategi utama dalam kem pakatan. Arahan dari Lim Kit Siang atau agent Yahudi yang masih bebas bertapak di bumi Tanah Melayu ini. Benda ni langsung tak mendatangkan keraguan kepada aku dan rakan-rakan lain.

Pernah mengikuti satu pendedahan strategi perang PRU yang dijalankan oleh pihak pakatan yang disampaikan oleh bekas orang paling kanan dan paling rapat dengan Anwar dan beberapa tokoh lain telah merungkai segala pelan mereka untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Kenapa mereka begitu bersungguh untuk menang pada PRU kali ini? Kenapa tidak PRU ke-14 akan datang? Itu antara persoalan yang telah dilontarkan oleh beberapa orang peserta semasa taklimat khas pendedahan perancangan pakatan tersebut. Perkara ini bukan rahsia lagi namun masih ramai yang tidak percaya.

Selepas Deepak yang dikatakan Najib berhutang dengannya, masih ada lagi beberapa pelan yang sudah lama dirancang oleh mereka. Jika isu yang dibawa Deepak tidak menjadi untuk menjatuhkan kredibiliti Najib, mereka akan terus menyerang Rosmah walau dengan apa cara sekalipun.

Sebab apa Rosmah? Kekuatan lelaki ada pada isterinya. Jika persepsi rakyat dapat menunjukkan yang Rosmah adalah liabiliti besar dalam UMNO, maka rakyat secara automatik akan menuduh Najib tidak pandai jaga isterinya dan perkara ini sedang terjadi. Malah ada juga beberapa pemimpin BN yang sudah termakan dengan perangkap persepsi yang digunakan pakatan.

Jangan risau rakan-rakan semua. Banyak lagi halangan akan muncul selepas ini lebih-lebih lagi hampir ke pilihanraya. Bersiap-sedia untuk menangkis segala fitnah yang direka.

1 Malaysia Tolak Fitnah!

1 comment:

comment please.....