Konco-konco ku

Sunday, December 2, 2012

POLITIK MALAYSIA HARUS MATANG!! KEKANG POLITIK KEBENCIAN!!

Budiman Zohdi, Wakil Pemuda UMNO Malaysia

Pemuda UMNO mencadangkan penubuhan Tabung Amanah Pendidikan UMNO bagi menangani politik kebencian yang disemai pembangkang, khususnya PAS, menerusi institusi pendidikan. 

Tabung Amanah Pendidikan Parti atau singkatannya, TAMPI bertujuan membiayai aktiviti pendidikan asas, menyemai nilai kebangsaan dan membina kaderisasi UMNO sejak dari kecil.

Wakil Pemuda UMNO, Budiman Mohd Zohdi, berkata tabung itu perlu bagi mengatasi politik kebencian pembangkang yang keterlaluan dan ditanam di kalangan generasi muda sejak kecil lagi. “Hari ini, politik kebencian pembangkang keterlaluan. Kecil lagi mereka masuk PAS di sekolah dengan guru yang tak selesa UMNO. Bila masuk sekolah menengah, masuk universiti seminggu selepas masuk universiti mereka digalakkan pergi kursus Biro Tata Negara dengan tujuan semai semangat (kebangsaan). 

Berakar umbi dalam dada 

“Tetapi kebencian telah berakar umbi dalam dada anak kita,” katanya ketika membahas usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, semalam. 
Turut dicadangkan Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar itu ialah penubuhan institusi pemikiran kepimpinan untuk pemimpin muda bagi melahirkan pemimpin muda pelapis. 
Katanya, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin turut mencadangkan penubuhan Akademi Kepimpinan Pemuda Kapten Husin di Sabah bagi tujuan sama. 

Kecam pembangkang 

Budiman turut mengecam tindakan pembangkang yang mengkhianati pengundi, khususnya pengundi muda dalam aspek pendidikan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....