Konco-konco ku

Wednesday, January 9, 2013

GUAN ENG SENGAJA TIMBUL SENGKETA ANTARA AGAMA UNTUK KE PUTRAJAYA!!

BERTENANG!! Sejak kebelakang ni kecoh kat semua jenis media berkenaan isu yang sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menghangatkan lagi PRU-13 ini. Antara isu yang memang mendapat perhatian ramai terutama dari pihak umat Islam yang begitu sensitif dengan penggunaan kalimah Allah.

Persoalan yang sering aku tanya pada rakan-rakan ketika berbual adalah kenapa Guan Eng terus senyap selepas membuat kenyataan tersebut semasa perutusan sambutan Hari Krismas yang lepas. Dimanakah suara Guan Eng malah suara dari pemimpin bukan Islam untuk mempertahankan kenyataan tersebut?

Yang kedengaran sepanjang isu ini menjadi panas adalah suara-suara pemimpin Melayu yang beragama Islam. Yang bergaduh kerana menghalang penggunaan kalimah Allah dan satu pihak lagi menyokong apa yang diperkatakan oleh ketua mereka Guan Eng. Kepandaian Cina DAP untuk memecah belahkan orang Melayu Islam semakin terserlah. Kita semakin bodoh.

PAS terus berdiam diri. Nik Aziz, Hadi Awang terus berdiam diri. Tiada sepatah kata yang terungkai dari mulut mereka untuk mempertahankan kalimah Allah dari disalahgunakan oleh penganut agama Kristian. Jangan disalahkan penganut agama Kristian yang lain. Mereka juga turut menjadi mangsa seperti kita walhal tidak ada kena mengena dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng.

Adakah kita akan berperang dengan penganut Kristian yang lain? Jika benar sudah mencapai kemuncak dan kita bergaduh kerana penggunaan kalimah Allah, maknanya racun dalam jarum yang dicucuk oleh Guan Eng telah berjaya. Negara Malaysia yang aman ini akan terus bergolak jika ada pihak yang terus memainkan isu agama ini. Fikirkanlah.

1 comment:

  1. Pakcu Rantau PanjangJanuary 9, 2013 at 9:52 PM

    Apa yang Pakcu nak cakap ialah puak Apek ni mereka menempoh tamadun lebih awal dari Melayu dari segenap segi. Mereka terlalu licik dan pandai memasang jerat. Jarang benar Melayu yang terlepas dari kena tipu.Ekonomi, sosial dan politik mereka lebih kedepan...lihat saja bukti yang ada sekarang.

    Jadi tak hairanlah kalau Melayu ditipu hidup-hidup. Hingga dihantuk kepala sama sendiri pun masih puji Apek baik.Mulut manis telunjuk berkait. Kasi rokok sebatang ,tanah sanggup digadai.....inilah kata-kata hikmat Apek
    ( " Jika olang wa tak-tak hairan punya..bukan Malikat..ma..")...terserah pada anda untuk memikirkannya....

    ReplyDelete

comment please.....