Konco-konco ku

Thursday, January 17, 2013

#LISTEN MAHASISWA BINGAI BUAT PROVOKASI MELAMPAU ATAS ARAHAN PEMIMPIN PAKATAN!!


Kecoh betul cerita #LISTEN #LISTEN #LISTEN ni. Boleh dikatakan semua orang menyalahkan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang kononnya menghalang Mahasiswa untuk bersuara.

Tidak ramai yang tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam dewan itu selain menyalahkan Sharifah dan mengagungkan Bawani.

Bawani adalah anjing puak pakatan pembangkang yang dihantar untuk mengacau program tersebut yang mendapat sambutan hangat daripada golongan mahasiswa.

Buktinya Bawani hanya datang untuk mengemukan soalan yang bukan soalan selepas sesi soal jawab berakhir.

Dalam Forum yang dianjurkan oleh Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) ianya akan diakhirkan dengan bacaan ikrar dan jika dilihat dalam video Bawani hanya datang untuk mengemukakan soalan selepas bacaan ikrar yang merupakan acara kemuncak sebelum program itu ditutup.

Soalannya, mengapa Bawani tidak datang untuk berhujah atau mengemukakan soalan semasa sessi soal jawab sedang berlangsung?

Semasa program sedang berlangsung, Bawani dilihat bersama sekumpulan kecil mahsiswa yang lain tidak menumpukan perhatian terhadap program tersebut, sebaliknya dia bersama kumpulannya terlalu sibuk membincangkan sesuatu tanpa menghiraukan pengisian forum tersebut.

Jawapannya mudah, Bawani sememangnya telah bersedia untuk melakukan provokasi terhadap program tersebut yang mana segala fakta dan auta telah disediakan oleh puak pakatan pembangkang untuknya dan terbukti semua fakta auta tersebut adalah perkara yang sama disebut di setiap ceramah pembangkang yang melibatkan mahasiswa. 

Berita panas di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....