Konco-konco ku

Wednesday, January 9, 2013

GEMPAR!! KOMPLEKS BELIA SELANGOR KOTOR TAHAP KANDANG BABI!!

Mendapat berita dari salah seorang rakan yang bekerja di salah satu pejabat khidmat wakil rakyat di Selangor yang memberitahu berkenaan aduan tahap kebersihan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.

Selepas dibelenggu dengan desakan oleh Majlis Belia Selangor yang menuntut supaya kadar sewaan ruang pejabat yang dinaikkan oleh anak syarikat MBI sebanyak 300% supaya dikurangkan, nampaknya syarikat yang menguruskan aset negeri Selangor, MSNS Holdings Sdn Bhd, tidak serik membuat Khalid Gagap pening kepala.

Dari sumber yang diterima, Pertubuhan Seni Muzik India Malaysia telah menghantar surat rasa tidak puas hati dengan kadar kebersihan kompleks berkenaan.

Double-Click pada Surat
Berdasarkan surat layang yang diberikan, MB Seelan, Presiden Kebangsaan Pertubuhan Seni Muzik India Malaysia yang menyewa ruang pejabat di dalam Kompleks Belia tersebut telah menyatakan kepada Menteri Besar dan dihantar juga kepada semua exco yang terbabit tentang tahap kekotoran dan kebersihan yang tidak dijaga oleh pihak pengurusan iaitu MSNS Holdings Sdn. Bhd.

Sempat bertemu MB Seelan yang menyatakan memang sudah dua bulan MSNS Holdings tidak membuat penyelenggaran kebersihan kompleks belia itu. Sehinggakan sampah tidak dikutip dan dibuang, tandas kotor, surau kotor dan kebersihan sekitar kawasan kompleks juga sungguh menyedihkan. Hal ini berlaku kerana penamatan kontraktor pembersihan dan digantikan dengan kontraktor yang baru iaitu kroni mereka sendiri. Tetapi kroni mereka ni tak boleh pakai sebab tak tau nak buat kerja.

Menurut sumber dalaman kompleks belia, bukan hanya kadar sewa dinaikkan, kebersihan tidak dijaga, malah segala kemudahan yang ada di dalam kompleks terbabit juga dinaikkan kadar sewaan hingga 200%. Negeri Selangor memang terdesak cari duit untuk pilihanraya akan datang.

Pengurus Besar MSNS Holdings telah dipanggil mengadap Khalid Gagap untuk memberi penjelasan Isnin minggu lepas. Dan perkara ini masih dalam perbincangan memandangkan kontraktor yang dilantik terus (Direct Nego) oleh Pengurus Besar tidak mendapat perkenan MB dan iklan kontraktor pembersihan perlu diiklankan semula.

Ada beberapa lagi perkara yang akan JB dedahkan berkenaan semua anak-anak syarikat milik Menteri Besar Incorporated (MBI) ini akan datang. Dan segala maklumat yang dihebahkan ini dapatlah disebarkan kepada umum supaya rakyat boleh menilai sejauh mana ketelusan Selangor dalam mengurustadbir kerajaan.


7 comments:

  1. kalau pakatan rakyat semua yg di buat tak betul..BN jerlah yg betul..lu mmg haram jadah

    ReplyDelete
  2. hey anon,
    aikk..bukan semua salah umno kan? paku dulang paku serpih

    ReplyDelete
  3. memang betul yang buruk-beruk semuanya hak milik UMNO!


    YANG CANTIK MOLEK DAH TENTUNYA MILIK PR.JANGAN SESEKALI KAITKAN KEBURUKAN DENGAN PR RAMAI YG AKAN MENYALAK,

    ReplyDelete
  4. anon atas sekali, bukan semua yg pakatan rakyat buat tu salah. masalahnya ialah pakatan rakyat tak buat apa2, tu yg rakyat hangin tu!!! reti bahasa sikit la. ko duduk mana? kalau ko duduk s'gor ko taula busuknya negeri aku ni!!!

    ReplyDelete
  5. ??? mengarut... politik kotor.. fitnah..

    ReplyDelete
  6. aku rase colok YB seelan yg selalu pasang kat bangunan kompleks tu lagi babi baunya tau.. nak muntah..
    #pekerja di bangunan KBKNS

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...