Konco-konco ku

Saturday, January 5, 2013

GEMPAR!! RUMAH AHLI UMNO DISIMBAH CAT DI WANGSA MAJU AKIBAT DENDAM!!


Pada 4 Januari 2013, pada pkul 2.30 petang (selepas Solat Jumaat), satu bantahan aman yang dilakukan oleh En.Halim Bin Tuah ditemani oleh En.Arman, bekas Ketua Perkasa Malaysia yang dilakukan di hadapan Surau An-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju,Kuala Lumpur.

Bantahan ini dilakukan untuk membantah penceramah / pemberi kuliah yang bernama Shaari Che In di surau tersebut bertarikh 20 Disember 2012 yang lepas, yang secara sengaja dan terbuka menghina ayahanda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim.

Penceramah tersebut telah menghina institusi raja-raja Melayu sewaktu melakukan kuliah Maghrib bertarikh 15 November 2012 & 20 Disember 2012 diadakan di surau yang sama, Surau An-Naim. Penceramah tersebut dikatakan telah menghina Sultan dengan kata-kata yang agak kasar dan tidak menghormati raja-raja Melayu.

Setelah En.Halim membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, berkenaan insiden tersebut, rumahnya telah disimbah cat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab pada keesokan harinya. Tindakan tersebut seolah-olah ingin mengugut dan memberi amaran kepadanya untuk berdiam diri mengenai isu ini. 


No comments:

Post a Comment

comment please.....