Konco-konco ku

Monday, January 14, 2013

MAJLIS ULAMA' PAS BAKAL UNDUR DIRI KERANA KALIMAH ALLAH!!

MALAM tadi, bertempat di Ibupejabat PAS Kuala Lumpur, MAJLIS SYURA, badan tertinggi PAS sudah mengambil pendirian bahawa ahli Majlis Syura telah bersepakat kalimah Allah dilarang digunakan oleh mana-mana agama selain agama Islam di Malaysia.

Kenyataan rasmi Majlis Syura Ulama' yang ditandatangani oleh Nik Aziz dan Haron Din telah dikeluarkan dan disebarkan kepada pihak media yang hadir. Namun wartawan yang ingin mendapat penjelasan tidak dapat menemui mereka kerana semua ahli majlis Syura' telah keluar dari pejabat mengikut pintu belakang bagi mengelak ditemubual wartawan.

Keputusan ini nampaknya amat bercanggah dari kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang tempoh hari bersama pemimpin pakatan lain seperti Mat Sabu, Anwar, Kit Siang dalam satu sidang media. Mereka dikatakan telah bersepakat dan bersetuju kristian menggunakan kalimah Allah.

Mana satu yang betul ni? Presiden cakap lain, Majlis Ulama' cakap lain.

Jom kita dengar sedutan kenyataan media oleh Presiden PAS, Hadi Awang.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...