Konco-konco ku

Tuesday, January 1, 2013

REMAJA LEMPIAS NAFSU DI HOTEL SEMPENA AZAM TAHUN BARU 2013!!


Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.

“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya. -HM

3 comments:

  1. hehehe....mcmana la awek ni boleh kawin dgn balak bahalol ni..

    npk sgnt boddo.... org kalau nak kawin lg ceredik...

    ko da kawin nanti ko main la sampai mana pon...ataih katil, bawah katil...dlm toilet...tang mana2 pon hang boleh talaa...

    tapi boddo angg anyuttt dgn pujuk rayu syoitonn nirrajimm .....

    boddo mcm taiikkkk.....

    nordin
    puchong

    ReplyDelete
  2. nak buat mcmana bro. ustaz semua pakat lari join pas. bukan nak perbetulkan masyarakat. sebuk kata kjan zalim, padahal ustaz yg zalim lari dari t/jawab pd masyarakat. dulu kata umno kafir sbb pertahankan perlembagaan penjajah, skrg pas dan pr yg nak pertahankan pelembagaan penjajah kalau menang pru13.

    ReplyDelete
  3. malu siut..kalau aku esok terus nikah...mak bapak perempuan agi malu...duit kahwin kena bayo saman plak..aduit...sedap tak dpt..yang dpt penyakit!!

    Tuan mohon pautkan saya dalam blog tuan :)
    http://daengselili.blogspot.com/
    Saya dah pautkan blog tuan diblog saya

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...