Konco-konco ku

Tuesday, January 8, 2013

GEGAR SELANGOR!! 27 NGO MESRA BN BAKAL TUMBANGKAN PUAK PAKATAN!!!


PETANG tadi bertempat di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, satu mesyuarat bersama 27 NGO seluruh Selangor yang telah bersepakat dan bersetuju untuk bersama-sama Barisan Nasional mengambil kembali Selangor dari puak pakatan. Sidang media juga turut dibuat bagi memaklumkan kepada seluruh rakyat Selangor yang gabungan 27 NGO ini akan bergerak membongkar kebobrokan puak pakatan di Selangor.

Setelah hampir 5 tahun Selangor diperintah oleh regim pakatan, Selangor masih lagi dibelenggu pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai. Sebagai rakyat Selangor, kumpulan ini sudah serik dengan gelagat, perangai putar alam dan dalih pemimpin regim pakatan dan seterusnya menolak kerajaan pakatan haram ini.

Atas kesedaran ini jugalah, kesemua 27 NGO seramai 150,000 orang ahli berdaftar telah bersepakat dan bersetuju membentuk Sekretariat Jom Tolak Pakatan. Program pertama yang dianjurkan oleh gabungan ini adalah Himpunan Rakyat 20 Dalil Tolak Pakatan yang akan diadakan pada 9 Januari 2013 (Rabu) jam 9.00 malam di Taman Berkat, Pekan Meru, Klang iaitu kubu kuat Dr. Rani (PAS).

Dalam sidang media yang sama, Budiman Zohdi selaku Pengerusi SERANG juga mewar-warkan satu program untuk belia di Selangor iaitu 'Kembara Anak Muda Sayangi Selangor' yang akan bermula minggu ini.

Berdasarkan rungutan-rungutan yang diterima terutama dari belia di Selangor yang kerap mengadu berkenaan isu Perumahan Anak Muda, Peluang Pekerjaan Anak Muda, Program Pembangunan Belia, Peluang Perniagaan dan banyak lagi, maka pihak NGO Selangor dan Pemuda BN Selangor telah merancang beberapa aktiviti yang dapat dimuatkan dalam program tersebut.

Selain dari program ilmiah, program ini juga diselang-selikan dengan sedikit hiburan ringan yang menampilkan anak muda yang ingin digelar 'Vocal X' dan turut diserikan dengan artis jemputan yang berlainan setiap minggu.

Program ini akan diadakan setiap hari Jumaat jam 9 malam setiap minggu sehingga pilihanraya. Program yang pertama akan diadakan di Dun Morib pada 11 Januari ini bertempat di Pekan Banting, Kuala Langat. 

Entiti yang terlibat termasuklah Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), PATRIOT Selangor, Majlis Belia Selangor (MBS), Graduan Muda Selangor, Pemuda UMNO Selangor, Pemuda BN Selangor beserta parti komponen dan juga Puteri UMNO Selangor.

No comments:

Post a Comment

comment please.....