Konco-konco ku

Monday, January 7, 2013

PANAS!! RAJA ARIF BAKAL SAMAN FACEBOOKER KERANA DEDAH TROJAN HORSE DALAM KERAJAAN!!!

PANAS lagi bontot Ketua Pengarah BTN ni. Dedah terus terdedah siapa disebalik pemberian dana berjuta-juta kepada kroni nya. Yang penting aku menulis artikel berkenaan BTN ni bukan nak menghentam atau mencari salah sesiapa. Cuma aku terpanggil untuk menyambung tugas seorang kawan untuk menyelamatkan Perdana Menteri dari terus dipersalahkan kerana kepincangan agensi BTN ini.

Jika artikel-artikel aku sebelum ini tiada sesiapa atau pegawai mana sekalipun dari BTN yang hendak menjawap, tidak mengapa, mengikut sahabat aku tu dia banyak lagi peluru nak ditabur kepada KP BTN tu sendiri. Apa nak buat? Soalan senang pun tak nak jawab.

Artikel pertama aku di SINI ada ura-ura macam nak jawab tapi sayangnya banyak spin, banyak kalih isu. Dah tak nak jawab aku naik lagi artikel baru di SINI bagi menjawab segala hentaman dari pegawai BTN yang ditugaskan untuk menyerang aku. Selepas menunggu beberapa hari bagi peluang kepada Datuk Raja Arif untuk menjawab, masih sunyi sepi seperti tiada apa yang berlaku. Jadi, aku naikkan isu lama di SINI bagi menunggu jawapan Ketua Pengarah BTN ini.

Hari ini dah masuk 4 kali artikel berkenaan BTN ni. Kalau masih tak jawab juga tak tau la nak kata apa. Dan dengar dari sahabat yang mendedahkan, dia dah diugut saman oleh Raja Arif kerana kononnya memfitnah beliau berkenaan isu pemberian dan bernilai RM73,000 kepada ABIM Sabah yang merupakan pusat pengkaderan penyokong Anwar Ibrahim sejak dulu lagi. Mohon Raja Arif percepatkan saman tersebut.

Tapi Datuk Raja Arif kena ingat, sekali saman dikeluar, akan ada banyak lagi pendedahan yang bakal dihadapi. Aku memang tak ada kena mengena dengan sesiapa dan ini adalah inisiatif aku sendiri sebagai membantu Perdana Menteri mencari parasit dalam agensi kerajaannya.

Hari ini, sahabat Apa Sengeh-sengeh dah keluarkan pulak satu lagi posting berkaitan pemberian dana bernilai RM1Juta kepada sahabat baiknya. (boleh rujuk di SINI)

Dikatakan yang Ketua Pengarah BTN ini telah memberikan wang berjumlah RM1Juta kepada Ahmad Fairuz untuk menjalankan program berbasikal. RM1Juta adalah satu amaun yang terlalu banyak untuk menjalankan program sekecil berbasikal itu. SIAPA AHMAD FAIRUZ??

Mengikut keterangan dari sahabat aku ni, Ahmad Fairuz ni dulu merupakan pegawai khas kepada Ketua Menteri Melaka, tetapi telah dipecat dan beliau juga dikhabarkan pernah melawan Tengku Adnan bagi merebut kerusi Ketua Bahagian UMNO Putrajaya dan disponsor penuh oleh Sahlan Nasution. Yang lain aku belum diberitahu lagi.

Back to the point. Persoalannya untuk apa Biro Tatanegara memberikan wang berjumlah RM1 juta (1,000,000.00) kepada beliau untuk program berbasikal?...RM 1 juta (1,000,000.00) itu satu jumlah yang banyak dan takkanlah program berbasikal itu sampai RM 1 juta (1,000,000.00)?

SOALAN MAUT....

DARI RM 1 JUTA (1,000,000.00) TU BERAPA KOS UNTUK PROGRAM DAN BERAPA MASUK KE POKET?

Inilah Ahmad Fairuz (baju biru) yang dapat RM1juta (1,000,000.00) dari Raja Arif Ketua Pengarah Biro Tatanegara....dan Ahmad Fairuz ini jugalah yang di sponsor oleh Sahlan Nasution untuk menentang Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ketua Bahagian UMNO Putrajaya... Datuk Seri Mohd Ali Rustam pecat dia ni semasa berada di dalam biro keahlian UMNO...dan dia juga salah seorang yang melobi untuk menjadi KP BTN dulu.....

UNTUNG JADI KAWAN RAJA ARIF....boleh dapat RM1JUTA (1,000,000.00)

4 comments:

  1. artikel ne mcm ada kaitan jer...http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rusia-tidak-bersetuju-washington.html

    ReplyDelete
  2. takkan la isu sebenar ini. ..Datuk Maslan tak tau langsung...?? 1 juta tu jumlah yang sangat besar bagi kita rakyat biasa ni...huhu..

    ReplyDelete
  3. hukum-hakam agama tolak ke tepi ye? 10 sen pun haram hukumnya tetap sama inikan pula RM1 juta... kepentingan peribadi meraja di hati...

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...