Konco-konco ku

Tuesday, January 8, 2013

KONSPIRASI TERBARU BTN!! INGAT RAJA ARIF SAHAJA, RUPANYA MOKHTAR DAN HANAFI PUN SAMA...MOHON PENCERAHAN!!


KETIKA Timbalan Menteri  yang  terkenal  sebagai orang kuat bekerja 25 jam sehari tidak kira pagi,petang,siang,malam dan kadangkal Subuh pun beliau berkerja sehinggakan ada kalanya dilihat `over shadow’ PM untuk memastikan selepas Pru 13 nanti selain menang besar juga menaruh harapan untuk dilantik sebagai Menteri Penuh ataupun Menteri Besar Johor ,rupa-rupanya Ahmad Maslan tidak dihormati oleh Ketua Pengarah Biro Tata Negara  dan sekaligus gagal mengawal selia apa yg berlaku di BTN agensi dibawah bidang kuasa beliau. 

Apa yg berlaku sekarang, Ketua Pengarah BTN Raja Arif  boleh bertindak apa sahaja tanpa merujuk kepada Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab  dimana di waktu agensi sedang membuat plan taktikal membantu kerajaan  menghadapi PRU13,BTN pula  sedang sibuk membuat agenda sendiri.

Antara agenda ialah memastikan Ketua Pengarah BTN dipilih sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus dan sebab itulah Parlimen ini menjadi sasarn utama kumpulan gerak kerja BTN hinggakan untuk memastikan beliau mendapat sokongan, Puteri UMNO Bahagian ditaja tiket penerbangan manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Kuala Nerus bergerombolan melawat Sabah serta Pemuda UMNO Bahagian pula ke Thailand dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh BTN.Kenapa BTN double standard?Mengapa kepimpinan Bahagian Kuala Nerus sahaja yang dapat keistimewaan ini?

Manakala Raja Arif pula sedang bergerak khusus di Terengganu menyusun calon-calon  khususnya kawan beliau daripada Angkatan Belia Islam (ABIM) dan ibu pejabat BTN dijadikan pusat himpunan anggota ABIM biarpun mereka tetap menyokong pembangkang namun atas  nama ABIM,mereka ini boleh duduk bersama  dan dibayar secara bulanan seperti t Dr Wan Mohd Nor.Persoalannya atas geran manakah mereka ini dibayar gaji ataupun elaun?

Kumpulan ABIM  yang sedang berdepan dengan  masaalah kewangan seperti Ustaz Zahidin Mahmud,Rosli abdullah diberikan juga bayaran bulanan apabila mereka ini berhubung dengan Haji Hanafi,Timbalan Ketua Pengarah (Latihan). 

Kesibukan Raja Arif dengan  politik peribadi ini lah yg makin membuka peluang kepada Haji Hanafi dan Haji Mokhtar,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) menyalur dana kepada rangkaian  ABIM malah bukan sahaja dalam memberi kontrak dan menyediakan bahan-bahan BTN malah  kini makin melonjaklah  pula syarikat anak abah dalam BTN dan anak abah ini bukan sahaja dapat kenaikan Gred 52 secara tiba-tiba,suami kepada anak abah ini yang juga kakitangan BTN dan masih BTN menjadi antara kontraktor yang paling berjaya hasil hubungan anak abah dengan Haji Mokhtar.

Kemelut melanda BTN yang lebih kepada  menguruskan kepentingan peribadi sesame mereka harus diambil tindakan awal sebelum institusi itu runtuh dikerjakan oleh mereka yang meraih untung peribadi ini.

Najib  harus tahu bahawa Timbalan Menteri iaitu Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menguruskan BTN telah gagal.Ketika seluruh pemimpin sedang fokus berfikir mencari kemenangan 2\3 untuk kerajaan dalam PRU13,Ketua Pengarah dan pengurusan BTN  mengambil sikap sebaliknya.

BTN cuba mengasingkan diri malah dilihat anti 'lead agensi'.meeting penting lead agensi BTN hanya menghantar wakil pegawai  gred 41 malah lebih malang Abu Nawas BTN iaitu Timbalan Ketua Pengarah Latihan yang menjadi co ordinator Himpunan ABIM dalam BTN telah merendahkan pegawai-pegawai yang bersemangat untuk membantu PRU13 mengeluarkan kenyataan"kita BTN tak perlu terbabit dalam PRU" .Apa makna semua ini sedangkan dalam masa yang sama Abu Nawas ini sedang memperkukuhkan BTN seakan-akan selepas ini BTN  akan menjadi `lead agensi;, sebagai badan usrah kepada ABIM  khususnya anggota-anggota ABIM dalam perkhidmatan awam.Apa signal kepada kerajaan apa yg sedang berlaku dlm BTN?

Sempena cuti musim sejuk dari tarikh 18 hingga 20 Disember 2012,  Hj Mokhtar Bin Hj Sulaiman mengambil peluang berjumpa pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Paris, Edinburgh dan Glasgow, Scotland dan kebanyakan daripada mereka merupakan bekas peserta Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara.

Seramai 15 orang pelajar telah menghadiri sembang santai yang diadakan di Restoran Malaysia, Paris manakala di Scotland pula, seramai 80 orang Komuniti Pelajar Edinburgh dan Glasgow hadir bersama keluarga mereka. Pertemuaan yang diadakan pada 18 dan 20 Disember 2012 telah merapatkan lagi hubungan dan meluaskan lagi jaringan dengan golongan muda Malaysia di luar negara.

Persoalannya,apakah pemergian ke Eropah yang menelan kos ratusan ribu itu hanya semata-mata mahu jumpa dengan 15 orang?

Mengapa pula Ahmad Fairus yang sebelum ini dikaittkan menerima peruntukan RM1 juta bagi larian berbasikal di bawa sama.Mengapa tidak dibawa Pengarah-Pengarah BTN Negeri ataupun Haji Mokhtar memperalatkan pelajar 15 orang itu sedangkan hakikat sebenarnya mahu melihat tempat Ahmad Fairus belajar?

Ketika PM sedang fokus meneliti bakal calon winnable candidate dan memerah keringat utk memenangi PRU13,KP BTN dan kuncu-kuncunya seperti Haji Mokhtar,Hajia Hanafi dan Ahmad Fairus sedang menganalisa untuk mengaut keuntungan dengan mengemukakan nama-nama pegawai BTN untuk dilantik sebagi SETPOL Menteri-Menteri selepas menang PRU13.

Ini adalah kebijaksanaan yang diwarisi daripad  Anwar Ibrahim mentor mereka bila mana waktu Tun Mahathir berhempas pulas mentadbir dan mengurus negara,Anwar amat bijak menyusun semua Setpol Menteri waktu itu yang terdiri daripada`’circle beliau.seperti Kamarudin Jaafar,Ahmad Maslan sendiri termasuklah  Raja Arif sebagai Setiausaha Sulit Kanan dan kini sekali lagi Raja Arif sedang merancang kebijaksanaan yang sama(mungkin ada arahan ghaib daripada segambut). Dan perbincangan yg bijak ini telah disusun bukan dalam negara tetapi di Paris. 

Mereka ini,kita biarkan orangg lain bekerja dan memerah keringat sewaktu PRU13 tetapi kita ambil hasil selepas itu dan sebab itulah Haji Hanafi berani mengeluarkan kenyataan di depan Pegawai-pegawai BTN bahawa BTN tidak perlu terbabit dalam PRU13 kerana BTN tidak boleh menyumbang apa-apa.

Terjemahan dari Another Brick in the Wall

2 comments:

  1. isu btn yg diperkatakan mmg benar berlaku.kini btn diterajui oleh gol anwarinas.dari kp, tkp dan pengarah bahagian semua di recond semula.mereka kembali ke btn atas cadangan ahmad maslan dan raja arif.ada agenda anwar dlm btn.tu lah sebabnya anwar anwar tidak lagi serang btn.modes operandi mereka dari dulu tidak berubaf..pegawai yg aktif mempertahankan parti umno dipinggirkan.raja arif, mokhtar tak pernah jadi ahli parti pun.fairus pula hanya keldai utk menjalankan kerja org kp dan tkp.

    ReplyDelete
  2. FYI, raja arif KP BTN ahli umno bro, ajk bhg pulak tu....

    ReplyDelete

comment please.....