Konco-konco ku

Wednesday, January 2, 2013

BUKAN HENDAK MENGHENTAM, TAPI MINTA PENCERAHAN!!

SELEPAS pengeluaran artikel bertajuk "BIRO TATANEGARA LADANG PENGKADERAN PENYOKONG TEGAR ANWAR", aku mendapat respon yang begitu hebat mungkin dari orang-orang BTN sendiri. Beberapa komen dari artikel tersebut juga jelas menunjukkan yang staff BTN begitu teruja dengan artikel aku yang meminta penjelasan dari pihak mereka.

Tak kisahlah aku ni blogger baru ke lama ke yang penting aku prihatin dengan telatah agensi kerajaan terutama yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Artikel aku cuma minta pencerahan berkenaan kerjasama akrab antara BTN dan ABIM dalam penganjuran beberapa program yang menelan belanja RM73,000 untuk lima program latihan di Sabah. Kenapa perlu diberikan peruntukan sebanyak itu kepada ABIM Sabah sahaja?

Dan bukanlah aku yang keluarkan pendedahan panas ini. Facebooker pro-BN (di SINI) yang mendedahkan dan aku cuma menyambung untuk mencari pencerahan berkenaan isu ini. Walaupun kes ini telah lama dan berdasarkan beberapa komen juga surat ini dikatakan di cop oleh Bahagian Mahasiswa, tetapi bukan itu persoalan yang aku nak lontarkan.

Cuma beri penjelasan dengan terang. Tak perlu nak serang aku macam nak melarikan diri dari terus menjawab isu yang aku anggap serius ni. Beri pencerahan sahaja. Itu je yang aku minta mewakili rakyat marhaen yang bekerja peringkat bawahan ni.

Tak ada niat nak menghentam agensi yang banyak berjasa ini tetapi cuma minta pencerahan berkenaan ini. Gambar yang baru diupload oleh facebooker Apa Sengeh-sengeh (klik SINI) juga menjadi bukti yang BTN dan ABIM ada 'kerjasama' yang sungguh baik.

Beri penjelasan... Itu je yang aku minta...

No comments:

Post a Comment

comment please.....