Konco-konco ku

Friday, January 11, 2013

DANA YAHUDI DIBERI KEPADA ANWAR UNTUK HANCURKAN NEGARA ISLAM!!


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff  mendakwa dana dari luar negara telah menukarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada sebuah parti miskin kepada kaya.
   
Shamsul yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram Bersih 1 pada 2007 berkata, beliau pernah bekerja di ibu pejabat PKR di Brickfields dan PKR ketika itu sangat miskin sehingga ada gaji pekerja yang tertangguh selama dua hingga tiga bulan.
   
"Sebaik sahaja pucuk pimpinan PKR mahu mengadakan demonstrasi haram Bersih 1, tiba-tiba dana dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan ditempah di Malaysia," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno di sini semalam.
   
Shamsul berkata, beliau tidak hairan jika himpunan yang dirancang diadakan oleh pembangkang esok akan membawa masuk dana untuk PKR bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.
   
Samsul berkata beliau keluar daripada PKR selepas melihat parti itu telah lari daripada matlamat perjuangannya.
   
Sebelum itu Samsul menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada ibu pejabat parti itu yang disaksikan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
   
Turut menyertai Umno hari ini ialah dua bekas penyokong kuat Anwar, peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar dan pelajar universiti tempatan, Mohamad Asrul Md Jalani.
   
Saiful Ambar adalah peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat asalnya. - Bernama

2 comments:

  1. laa, dulu bukan ke Datuk Murad (Timbalan Gabenor Bank Negara) buat statement bahawa Anwar dipercayai mempunyai simpanan RM3 Billion?

    kompius aku dgn statement ni

    ReplyDelete
  2. Peguam Cari Makan 'Merajuk' Masuk Umno!

    Untuk pengetahuan semua, peguam ini sudah lama dikesan menjadi duri dalam daging tetapi langkahnya kali ini memang sudah diduga.

    Beberapa kali dikesan bersama ahli parlimen Padang Serai yang menjadi katak lompat, N Gobalakrishnan, Saiful Ambar (gambar bawah, kanan sekali) sudah lama disisihkan sejak mewakili bekas ketua wanita KEADILAN Pulau Pinang, Aminah Abdullah.

    ReplyDelete

comment please.....