Konco-konco ku

Saturday, January 5, 2013

BTN TERUS BERMAIN WAYANG!! KENAPA MENYEPI??


Ini adalah risalah yang di sebarkan oleh Biro Tatanegara dan di sunting oleh Sahlan Nasution abang kepada Saifuddin Nasution Ismail iaitu SUPOL Najib Razak PM kita.

Kenapa kontrak percetakan di berikan kepada syarikat Ilham Baru Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dengan anak syarikat IKD (Institut Kajian Dasar) yang di ketuai oleh Khalid Jaafar dan di biayai oleh Kamaruddin Jaafar (pesuruhjaya PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس).

IKD ADALAH THINK TANK Anwar Ibrahim.

Persoalannya betul atau tidak si Raja Arif ini adalah gunting dalam lipatan? (rujukan di SINI)

Bukan aku nak berperang dengan semua pegawai-pegawai BTN walau dengan sesiapa pun. Perkara ini telah lama terjadi dan sebelum ini juga ada beberapa buah blog yang memainkan isu kenapa percetakan buku ini dijalankan oleh syarikat milik pakatan.

Namun sehingga ke saat ini pihak BTN tidak dapat menjawab. Hanya pandai memutar belitkan isu yang sepatutnya telah selesai jika terus dijawab secara jujur. Aku tak ada kepentingan pun dalam BTN atau agensi lain di bawah Jabatan Perdana Menteri, cuma aku kesian tengok Najib yang berkerja keras siang malam untuk memenangkan parti namun parasit dalam agensi sendiri tak dapat dikenal pasti.

Berterus terang sahajalah yang ketua agensi ini ada kaitan secara langsung dengan pihak pakatan dan lebih sanggup bekerjasama dan memberi peruntukan beribu-ribu kepada mereka berbanding pertubuhan mesra UMNO sendiri.

Aku juga masih menunggu jawapan dari mana-mana pegawai BTN atau Ketua Pengarahnya untuk menjawab isu berkaitan pemberian dana berjumlah RM73,000.00 kepada ABIM Sabah dalam menjalankan 5 program kepimpinannya.

Sehingga sekarang masih senyap membisu tiada siapa beri penjelasan. Jika ya katakan ya. Aku cuma mahu pencerahan sebelum lebih banyak pendedahan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....