Konco-konco ku

Friday, January 11, 2013

#KL112 #KL121 BAKAL BERLAKU KEKECOHAN, PENIAGA MELAYU TERSEPIT DI KUALA LUMPUR!!

PERHIMPUNAN Selamatkan Shamsidar Dari Menjadi Saksi Mahkamah dikhabarkan akan menjadi lebih hebat dari himpunan Bersih seperti sebelum-sebelum ini. Demonstrasi yang dikatakan aman ini dikatakan akan menampilkan pelbagai aksi-aksi yang hanya boleh disaksikan oleh rakyat Malaysia pada esok hari.

Walaupun Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 telah dijanjikan akan berlangsung dengan aman di Stadium Merdeka, namun kita jangan terlepas pandang tentang satu lagi himpunan besar ini iaitu #KL121 Selamatkan Shamsidar yang diberitakan akan berkumpul di Dataran Merdeka esok.

Memang permit untuk himpunan rakyat telah diperolehi dan polis juga akan bekerjasama dengan baik tetapi tidak bagi Himpunan Selamatkan Shamsidar yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka bermula dari pagi esok hingga tengah malam.

Peserta demonstrasi juga telah mula hadir di Kuala Lumpur hari ini dengan memakai baju demonstrasi masing-masing seperti Kuning, Merah, Oren, Hijau dan Ungu. Mereka telah mula membanjiri kawasan sekitar ibu negara dengan di beberapa lokasi seperti di Dataran Merdeka, KLCC, Masjid Jamek Kg. Baru dan beberapa lokasi yang telah diarahkan.

Memang himpunan ini bukan satu himpunan aman. Walaubagaiman sekalipun, para peniaga dinasihati supaya tutup kedai. Para pelancong diharap tidak masuk Kuala Lumpur esok. Pemandu teksi boleh bercuti. Ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur bakal lumpuh sekali lagi.....

No comments:

Post a Comment

comment please.....