Konco-konco ku

Saturday, January 19, 2013

PATRICK TEOH NAK KENA TINDAKAN KE NAK MAMPOS??

CERITA penghinaan seorang bekas pengacara dan aktres Cina terhadap agama Islam terus berputar di media. Pelbagai desakan dan komen panas datang bertalu-talu memberi reaksi supaya Cina Komunis ini didakwa mengikut undang-undang sedia ada.

Ini bukan cerita drama yang nak terus disenyapkan macam tu je. Ini tentang maruah Islam dan penganutnya yang merupakan majoriti penduduk di Malaysia. Dan yang lebih penting Malaysia adalah sebuah negara Islam dan disegani. Habis punah nama negara jika kes seperti ini tidak dibendung.

Kesilapan kerajaan menghapuskan ISA menyebabkan kita semua senyap dan bertenang walau agama Islam dihina dengan teruk. Tiada tindakan. Tiada perhatian dari kabinet menteri.

Yang ada hanyalah cakap-cakap orang kuat PAS yang mempertahankan kenyataan Patrick. Kerajaan PAS Kedah yang keluarkan kenyataan, kerajaan BN pulak yang disalahkan. Apa ni?

Tak faham dengan konsep wasatiyyah yang diterapkan dan diterangkan oleh kerajaan. Akta apa yang kita boleh guna pakai untuk membendung gejala hina agama ini dari terus menjadi nanah? Fikirkanlah.

3 comments:

  1. aku setuju kalau kerajaan dipersalahkan. segala apa yang berlaku disebabkan kerajaan yang lemah dan penakut. dimanakah UNDANG UNDANG dan kenapa tidak diLAKSANAKAN? ada kah undang undang perlu hanya disimpan kemas didalam peti berkunci? penghinaan saperti ini bukan baru pertama kali berlaku, tapi dah berulang. mohon maaf dan lupakan sahaja, ada kah itu boleh membendung gejala hina agama? oleh kerana UNDANG UNDANG tidak dilaksanakan, kerajaan dan rakyat dihimpit dengan pelbagai kesulitan.

    kerajaan telah memberikan ruang dan peluang yang begitu luas untuk orang orang saperti ini mencabar kerajaan dimana kerajaan akan terus menerus mendiamkan diri dan menikus. dimana kah suara suara bapak menteri?

    ReplyDelete
  2. Tuan2 boleh baca kutukan Patrick Yeah terhadap Islam dalam blognya (www.niamah.com), diantara lain dia menulis...

    "...There are 13 castes in Muslims and these brothers can't share their places of worship. The brothers have been killing / bombing / conquering/ murdering /raping each other in the name of Islam for the last 500 years, since the day Islam existed..!

    They have never been or never will be at peace with Jews or Christians in the name of religion, yet all 3 pray to the same God of Abraham.

    The American attack on the Muslim land of Iraq and Afghanistan is fully supported by all the Muslim countries around them!

    One Allah, One Quran, One Nebi....! Great unity!

    All Muslims are not Terrorists, but all Terrorists are Muslims! and 60% of all victims of Muslim terrorism are Muslims.

    THEY ARE KILLING THEMSELVES IN THE NAME OF RELIGION..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnya beliau banyak menulis aritikel yang ternyata bukan saja mempersoalkan agama, malah, bangsa dan negara. tidak ketinggalan juga kepada pemimpin.

      dilihat dari satu sudut yang ilmiah, persoalan persolan beliau itu seharusnya dijadikan iktibar dan cabaran kepada orang orang Melayu dan pemimpin pemimpin.

      berdasarkan artikel yang saudara contohkan itu, cuba kita lihat dan fahami kebenaranya. Islam itu agama yang suci, agama yang diterima Allah. semua penganut Islam menuju hala yang satu dan iktikad yang satu, iaitu, tiada tuhan lain yang disembah melainkan Allah. Allah menurunkan perintah supaya berbuat baik dan tinggalkan yang salah. segalah peraturan telah dibentangkan melalui agama Islam. Allah juga mengingatkan umat Islam bahawa setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan disebaliknya.
      persoalanya ialah kenapa Islam boleh berpecah belah dan berkiblat berlainan? kenapa umat Islam boleh melakukan perkara perkara saperti yang didakwa beliau dalam artikel itu?

      sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya terasa malu dengan artikel itu. pendapat saya sekiranya penganut Islam mengambil berat mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam, atau sekurang kurangnya asas yang baik, perkara saperti yang didakwa itu TIDAK AKAN berlaku.

      Agama adalah peraturan. Semua agama punyai peraturan menikut agama masing masing. Peraturan agama itulah yang sepatutnya dijadikan peraturan hidup iaitu buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah. Ini sepatutnya menjadi system hidup kita yang beragama Islam. Kalau SEMUA umat Islam mengikut peraturan yang sama saperti yang dituntut Islam, saya kira bangsa lain yang beragama lain tidak mungkin dapat ruang dan peluang untuk memperlekehkan agama dan bangsa kita.

      Saperti kata saudara kita diatas, UNDANG UNDANG (iaitu HUKUM) perlu dilaksanakan untuk mempastikan peraturan peratauran, tak kira agama apa sekalipun dipatuhi. Apalah gunanya UNDANG UNDANG (hukum) kalau tidak dilaksanakan. Apabila peraturan undang undang tidak dipraktikkan, inilah musibahnya. Maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mempastikan segala undang undang itu terlaksana.

      Maaf, saya hanya memberikan pandangan dari kacamata saya sendiri. Kiranya salah, usah dituduh orang lain kerana itu adalah pegangan hidup saya. Seandainya ada pandangan yang lebih baik maka akan saya nilaikan sendiri.

      Delete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...