TIDAK faham dengan tindakan PAS yang mengeluarkan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS. Apakah tujuannya? Atau yang lebih tepat apakah penyebab yang Ustaz Nasharudin dipecat dari Majlis Syura.
Bukan nak masuk campur dalam hal rumahtangga PAS tapi melihat akan kecelaruan yang terjadi sejak dua menjak ni membuatkan aku secara tak langsung berfikir tentang tindakan pimpinan PAS yang memecat ahlinya atau pemimpinnya atas tindakan mereka menegakkan Islam dan menggalakkan perpaduan sesama Islam.
Jika dahulu Hasan Ali dipecat kerana merampas arak di kedai 7Eleven dan mendedahkan kes pemurtadan terancang oleh pihak gereja DUMC, kini kita saksikan sekali lagi adegan yang hampir sama tentang pemecatan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura atas kerap kelihatan bersama Perdana Menteri untuk mewujudkan perpaduan sesama ummah.
Tentunya parasit-parasit PAS seperti Mat Sabu dan Khalid Samad sedang bertepuk tangan melihat kehilangan seorang anggota Majlis Syura yang dikatakan membahayakan mereka kepada pakatan. Jika dibiarkan terus berada di dalam Majlis Syura, pemimpin PKR dan DAP terutama Karpal dan Kit Siang pasti tidak senang duduk dengan segala tindak tanduk yang ditunjukkan oleh Bekas Timbalan Presiden PAS ini.
Nasihat aku cuma satu. Biarlah Ustaz Nasharudin berada dalam PAS. Jangan dipaksa menyertai UMNO kerana aku takut lebih banyak lagi yang akan dihadapi oleh beliau. Biarlah beliau berada di sana untuk menjadi pengimbang kepada pentadbiran BN. Untuk menjadi pembangkang yang berhemah.
No comments:
Post a Comment
comment please.....