Konco-konco ku

Tuesday, January 8, 2013

SULTAN SELANGOR MURKA!! LIM GUAN ENG CABAR TITAH SULTAN!!

PANAS lagi puak pakatan ni weh! Hari ini Sultan Selangor telah bertitah yang baginda tidak mengizinkan sama sekali penggunaan kalimah Allah dalam hal urus agama Kristian yang punyai agenda tersembunyi. 

Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan kenyataan Setiausaha Agong DAP itu yang mendesak supaya kerajaan persekutuan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama Kristian. Walaupun telah mengetahui yang kalimah Allah adalah hak eksklusif agama Islam di Malaysia, namun Guan Eng umpama mencabar Sultan supaya kalimah Allah wajar digunakan oleh semua agama.

Tak tahu nak kata macam mana si bebal sekor ni. Tapi itulah perangai komunis DAP yang masih tertanam dalam jiwa pemimpin rasis DAP di Malaysia. Mereka akan terus dengan niat memesongkan agama Islam dan jika berjaya, maka senanglah bagi mereka menguasai Malaysia dengan bantuan proksi Yahudi yang sedia menanti di Singapura.

Berikut laporan media Sultan Selangor:
KUALA LUMPUR 8 Jan - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Kenyataan Sultan Selangor yang telah dibacakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohd Misri Idris berkata Tuanku Sultan telah mewartakan bahawa orang bukan Islam di negeri ini dilarang menggunakan kalimah Allah bagi merujud tuhan kerana ia merupakan eksklusif untuk Muslim. 
"Sultan Selangor dalam satu mesyuarat khas yang turut disertai Mufti Selangor pada Ahad lalu menegaskan semula bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam. 
"Kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010", katanya. 
Tuanku Sultan turut melahirkan rasa kesalnya kerana titah beliau yang digazetkan pada 18 Feb 2010 berkaitan dengan isu yang sama dipandang ringan oleh 'sesetengah pihak'. 
“Namun Tuanku amat kesal kerana titah Baginda tersebut telah dipandang ringan oleh sesetengah sehingga isu yang sama dibangkitkan semula,” katanya. 
"Tuanku telah mengeluarkan arahan kepada Mais dan Jais agar memgambil tindakan terhadap orang Islam atau bukan yang masih mempersoalkan atau engkar fatwa yang diwartakan di Selangor," ujarnya. 
Di akhirnya titahnya Sultan Selangor meminta semua pihak tidak mempergunakan Islam untuk meraih laba politik. 
Sebelum ini, DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu. 
Guan Eng berkata, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) disaran mengkaji semula isu tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan kitab suci Agama Kristian tersebut. - KLPos

1 comment:

  1. kat msia ni ada sultan selangor je ke? atau sultan selangor je yg berani bertitah.semoga Allah lanjutkan usia sultan selangor.daulat tuanku.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...