Konco-konco ku

Tuesday, December 4, 2012

PERKARA GEMPAR BAKAL BERLAKU DI SELANGOR!!


Apakah yang akan berlaku dalam sehari dua ini di Selangor ? Musibah apa pula yang akan melanda ? Jom kita tinjau berita kat bawah ni...

Kerajaan Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut.

Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.

“Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

“Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di Selangor.

Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Kot ya pun nak bantah perlu ke sampai nak menanggalkan kamera tersebut ? rasanya kalau pemimpin tu cerdik dan ada akal cukup sekadar berusaha hentikan operasinya buat sementara waktu bukan dengan melalak serata kampung nak tanggalkan kononnya nak buktikan ketelusan kerajaan negeri.

6 comments:

  1. Salam Bro,biasalah tu Bro,dah dekat PRU ni,nak tunjuk dialah hero membela rakyat !Pooooooodah........Tapi tak apalah,kan orang PAS sokong dia.nak buat camna !

    ReplyDelete
  2. Ambo pon tak pahem dgn puak puak PAS neh.PAS pon orang melayu,UMNO pon orang melayu wat apo hendak gadoh gadoh neh.Sembayang pon satu kiblat neh.Napoh orang melayu jadi gini neh.Kuasa pites dah kurong,ni pulok hendak kurongkan kuaso politik neh.Ambo tak fahem,tak fahem.

    Ambil wuduk sembayang taubat lagi molek neh.Dunio buat apo hendak dikojer...........

    ReplyDelete
  3. Wat malu Mpsepang je la woi...... Stupid

    ReplyDelete
  4. aku sokong yg ni...menyusahkan rakyat shj aes ni.jgn semua yg kerajaan buat tu perlu kita sokong...kali pertama aku sokong tindakan pembangkang..tamat

    ReplyDelete
  5. kilang arak taknak robohkan pulak.

    ReplyDelete
  6. Bingaiiii...dia tak tau bila exsiden....saksi takda....camna nak cliam insurance 100%...kalo ada kemera AES ni....boleh lah gunakan dlm mahkamah.buat tuntutan sivil.....sebagai bukti.....bodo tak boleh ajar....pandai tak boleh ikut....harap serban je beso..akai kecik...

    ReplyDelete

comment please.....