Konco-konco ku

Tuesday, March 12, 2013

TERKINI!! SEORANG LAGI WIRA NEGARA GUGUR DI MEDAN PERANG!! #Pray4Sabah


Dukacita dimaklumkan seorang perwira negara yang cedera dalam insiden tembak menembak pada jam 10.30 pagi tadi telah meninggal dunia sebentar tadi. Ini mengikut maklumat tidak rasmi. GT baru sahaja menerima satu khidmat pesanan ringkas (sms) dari seorang kenalan dan GT masih menanti berita kesahihan tersebut. 

Dalam insiden tersebut, 3 orang pengganas telah mati dan dua lagi dipercayai cedera tetapi dapat melarikan diri. 

Operasi memburu saki baki pengganas masih diteruskan sehingga kini. Sementara itu, polis telah menahan kira-kira 6 orang suspek yang berkait dengan pengganas Sulu di Kg Bangau-Bangau.

Orang awam diminta jangan mendedahkan sebarang foto, atau maklumat berkenaan dengan pergerakan pasukan keselamatan negara di media sosial kerana dipercayai pihak pengganas menggunakan media tersebut untuk mengesan pergerakan operasi ini. 

Jumpa dan tembak... itu sahaja yang diperlukan oleh Perwira Negara terhadap pengganas Sulu. 

Fight For Our Right!!! -Gerakan Timur

2 comments:

  1. Al Fatihah untuk perwira negara.

    ReplyDelete
  2. Pertempuran terjadi dikampung Tinduo? siapa yang ishtiarkan yang saki baki militan dikampung ini telah dibersih dan kampung ini selamat?

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...