Konco-konco ku

Monday, March 25, 2013

RAMLI SARIP BUAT HAL DALAM SHOWCASE ANAK MUDA SELANGOR!!

TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan Majlis Belia Selangor yang telah berjaya menganjurkan satu majlis gilang gemilang yang julung-julung kali diadakan di sebuah pekan kecil di Sungai Besar ini. 

Tak sangka walaupun berada dikawasan perkampungan namun Majlis Belia Selangor masih prihatin terhadap anak muda yang ada di kampung ini. Terima kasih kepada Saudara Budiman Zohdi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam yang telah membawa satu perubahan mood kepada anak muda Sabak Bernam.

Progam Showcase Anak Muda yang diadakan di Stadium Sungai Besar bermula dari pagi tadi dengan pelbagai acara yang menarik dan diakhiri pada malam tadi dengan menampilkan Ebby Yus sebagai pengacara (bukan Abby Abody) serta penampilan khas Papa Rock Malaysia, Ramli Sarip berjaya menghiburkan lebih 3,000 anak muda di daerah Sabak Bernam.

Syabas! Di lain masa harap masih ada lagi lah program-program seperti ini. Jangan biarkan stadium tu kosong je. Hidup BN!




No comments:

Post a Comment

comment please.....