Konco-konco ku

Friday, March 8, 2013

INSIDEN LAHAD DATU KONSPIRASI UMNO - @TIANCHUA #Pray4Sabah

SEMALAM Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah memberi amaran kepada blogger dan pengamal media sosial agar menghentikan 'fitnah' yang mengatakan beliau menghina anggota keselamatan yang bertugas di Lahad Datu pada 1 Mac yang lepas. Namun sehingga sekarang beliau masih menafikan yang beliau ada mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebut di dalam akhbar fitnah PKR, Keadilan Daily.

Dalam sidang media semalam, Tian Chua menegaskan yang beliau akan mengeluarkan saman kepada mana-mana blogger mesra kerajaan yang terus-menerus memainkan isu penghinaan beliau kepada anggota keselamatan yang terkorban di Sabah.

Tetapi Tian Chua lupa yang sumber rujukan kenyataan beliau telah diambil dari akhbar penyebar fitnah parti beliau. Dalam artikel yang bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO', beliau mengatakan yang insiden tersebut dilakukan agar segala isu yang berkaitan dengan UMNO akan dialihkan isu ke situ dan menjadi penyebab PRU akan dianjakkan lagi. Ini fitnah yang cukup besar kepada UMNO.

Kami blogger dan pengamal media sosial tak pandai nak memfitnah orang ni. Tak pandai nak edit gambar orang yang dah mati agar menjadi fitnah besar kepada orang lain. Jika Tian Chua berkeras untuk menafikan hal demikian, maknanya akhbar Keadilan Daily lah yang menyebarkan fitnah terhadap Tian Chua. Bukan Najib, bukan UMNO, dan jauh sekali bukan blogger atau pengamal media sosial lain.

Tian Chua mungkin lagi lupa berkenaan akaun twitter beliau sendiri yang terus mengaitkan UMNO dalam insiden di Lahad Datu. 'Wag the dog drama'. Naib Presiden PKR ini juga telah mencetuskan permusuhan antara kaum/etnik di Malaysia dengan kenyataan beliau sendiri. Tapi yang dipersalahkan masih UMNO.

Bukan niat nak menuduh YB Tian Chua tetapi bukti semua telah jelas terang lagi nyata yang memang beliau ada mengeluarkan statement menghina tersebut. Apa salah askar dan polis kita sehingga diperkatakan dan dihina sedemikian rupa. Askar dan polis tidak terlibat pun dengan politik, kenapa perlu dipolitikkan semua ini. 

Jangan jadi anjing yang terus menggonggong tulang tanpa mengetahui apa-apa. Ingat, Malaysia aman di bawah pemerintahan Barisan Nasional sejak dulu lagi dan akan terus bernaung di bawah Barisan Nasional hingga bila-bila.

p/s: Tawaran seorang Blogger sesiapa Dapat Menampar Muka Tian Chua dengan Bayaran RM5,000 masih berlaku. Seorang krew mymassa turut berhajat menambah RM500 wang gajinya sendiri sesiapa yang dapat Menampar Muka Tian Chua akan diberikan. Ini soal Maruah Bangsa Melayu & Umat Islam Yang Menganut Agama Islam! Mereka yang terkorban dengan maha dashyat dibalas dengan Senyuman Orang Gila seperti Tian Chua...

1 comment:

  1. Dia ni hanya berani Tweet saja. Suruh dia datang keLahad Datu lihat sendiri; atau minta dia sertai tentera Sulu dan rasa sendiri sama ada ATM/Polis guna peluru getah atau tidak!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...