Konco-konco ku

Saturday, March 2, 2013

PEMIMPIN TEMPATAN HADIR BACAAN TAHLIL DI RUMAH ARWAH KPL. SABARUDDIN DAUD

HARI ini rumah Mak Som yang terletak di Sungai Lias, Sungai Besar tidak putus-putus dikunjungi oleh beberapa orang pemimpin tempatan sejak dari pagi malam tadi lagi. Antara pemimpin yang diberitahu hadir adalah Datuk Rahman Bakri (AP Sabak Bernam), Dato' Warno Dogol (ADUN Sabak), Datuk Noriah Kasnon (AP Sungai Besar), Dr. Khir Toyo (ADUN Sg. Panjang), Budiman Zohdi (Ketua Pemuda Sungai Besar), Ronnie Liu (Exco Selangor) dan ramai lagi.

Pihak polis telah berkawal menunggu jenazah Kpl. Sabaruddin Daud sejak malam tadi. Pagi ini sahabat-sahabat arwah dari IPD Hilir Perak dan Hutan Melintang hadir untuk bersama-sama menunggu ketibaan jenazah yang dijangka tiba jam 1230 sebentar lagi.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Kpl. Sabarudin Daud.



1 comment:

  1. exco selangor tu termasuk dalam sandiwara umno ni ke?.....kan tian chua kata ni sandiwara....mungkin nak pastikan batang pisang ke manusia...geram betul aku ngan orang yang pendek akal ni....

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...