KITA tak terkejut dengan berita yang diterima sejak beberapa hari lalu berkenaan pendedahan satu laporan perancangan rapi PKR untuk membuat kecoh semasa PRU nanti. Ini adalah salah satu taktik jahat yang dirancang telah agak lama dahulu dan terkandung dalam 'Grand Design' pakatan.
Dulu aku ada mengeluarkan satu artikel berkenaan Grand Design ini namun masih tidak ada bukti yang boleh dikaitkan, jadi aku terpaksa menghentikan akibat ada sesetengah pihak yang tidak berapa suka dengan cara aku mendedahkan semua perancangan jahat pakatan.
Inilah sebabnya aku begitu concern dengan perancangan mereka. Ya! Sebab kampung halaman aku telah menjadi salah satu sasaran kekecohan semasa pilihanraya nanti. Sabak Bernam mungkin akan dijadikan nukleus point dan seterusnya akan disebarkan ke dalam media sosial sedia ada supaya kelihatan proses buang undi cacat akibat dari kepincangan SPR. Jadi mereka punya alasan untuk mengatakan yang mereka kalah adalah akibat dari sabotaj SPR dan SPR akan dikaitkan dengan kroni UMNO.
Ini perkara serius yang perlu kita ambil berat. Masa inilah peranan jentera siber tidak kira dari UMB, Nadi Rakyat, Warta Rakyat, dan jentera siber lain harus bertindak dengan segera dan pantas bagi menangkis fitnah pakatan. Kesepakatan perlu buat masa ini, lupakan sengketa dan kita harus bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan kemenangan BN.
Perancangan rapi pakatan telah lama mereka siapkan. Strategi jahat mereka telah lama berjalan. Satu je pesan aku supaya tidak termasuk dalam perangkap jentera siber pakatan. Fokus pada satu isu hingga mereka terdiam dari menjawab.
No comments:
Post a Comment
comment please.....