HARI ini masuk minggu kedua insiden Lahad Datu yang telah mengakibatkan 8orang anggota polis kita kehilangan nyawa dan terkorban di medan perang. 7 orang dari pegawai polis yang terkorban adalah Melayu-Islam dan seorang bukan Islam.
Apa iktibar yang kita boleh dapat dari insiden ini? Penyatuan bangsa Melayu dan Islam di seluruh Malaysia?
Mungkin ya atau mungkin tidak.
Pakatan telah takut dengan tindakan polis yang telah berjaya menggempur penceroboh Kesultanan Sulu yang dikatakan mahu menuntut kembali tanah milik mereka di Sabah. Memang tidak dinafikan langsung sebahagian tanah di Sabah adalah hak milik Kesultanan Sulu dahulu. Tetapi itu DAHULU.
Akibat hendak merdeka dan tidak mahu mengikut sama ada Filipina atau Indonesia yang masa itu turut menuntut hak atas tanah Kesultanan Sulu, maka Sultan Sulu dahulu telah membuat perjanjian dengan British Borneo supaya tanah Kesultanan Sulu tersebut harus dimerdekakan dengan bernaung dibawah kedaulatan Raja-raja Melayu Semenanjung Tanah Melayu. Perjanjian pun telah ditandatangani dan bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada Tanah Melayu sehingga hilangnya bulan, bintang dan matahari dengan pembayaran ufti sebanyak 5,300 Mexican Gold atau bersamaan RM5,000 se-tahun kepada waris Kesultanan Sulu sehingga sekarang. Itu sejarah. Jadi mereka sepatutnya tiada hak untuk menuntut kembali.
Tetapi sejak Anwar dilepaskan dari penjara, pelbagai janji yang telah dibuat oleh dajjal ini. Janji bulan, bintang dilontarkan kepada setiap kumpulan etnik dan kaum di Malaysia bagi memastikan jawatan Perdana Menteri Malaysia menjadi kenyataan pada PRU-13 ini.
Tapi sayang, rupanya Anwar tersilap langkah. Janji yang dilontarkan JIKA beliau menjadi Perdana Menteri telah dituntut awal oleh Kesultanan Sulu dengan menghantar askar-askarnya ke Sabah supaya merampas kembali tanah Kesultanan Sulu secara perang gerilla. Perjanjian telah dibuat oleh MNLF dan Nur Misuari agar semua suku Sulu yang seramai 400,000 orang yang ada di Sabah dan Semenanjung mengundi parti pakatan dalam PRU-13, dan sebagai balas budi sebahagian tanah Sabah yang dahulunya milik Kesultanan Sulu akan diberikan semula kepada Sultan mereka. Itu rangkuman sebab kenapa penceroboh berani masuk ke Sabah dan bertindak membunuh anggotan polis kita.
Syabas kepada PDRM dan ATM yang telah berhempas pulas membanteras penceroboh Sabah. Salam takziah juga kepada anggota keselamatan negara yang terkorban. Berbanggalah keluarga polis yang terkorban punya ayah dan anak yang bersemangat wira. Semoga Insp. Zulkifli, Sarjan Sabarudin, Supt. Ibrahim Lebar, Sarjan Aziz, Kpl. Azrul, Sarjan Bahrin, Kpl. Salam dan ASP. Micheal aman dan tenang di sana.
takut nk komen nanti kena makan saman..bangkrut..
ReplyDeletemungkin juga peristiwa berdarah ni dirancang untuk setelah PRU13 nanti,apabila keadaan menjadi huru hara di Sabah , maka seperti arab spring boleh dilancarkan di Semenanjung pula..agar mudah pihak luar masuk campur...puak pembangkang ni dah dapat menilai yg depa ni akan kalah...tetapi pihak berkuasa Malaysia lebih dahulu dapat menghidu agenda meraka...rasanyelah
ReplyDeletePENYATUAN? Selagi pemimpin pemimpin parti politik berkeras dengan agenda peribadi masing masing. selagi itulah KITA bertelagah sehingga menjadi lemah. Selagi kita lebih suka BERSEKUTU DENGAN ORANG LAIN dan RELA MEMUSUHI SAUDARA SENDIRI, selagi itulah kekuatan kita semakin hilang ....
ReplyDelete-atas pagar-