Konco-konco ku

Wednesday, March 27, 2013

KHALID BUAT U-TURN MENJELANG PILIHANRAYA!! GULA-GULA RAKYAT!!


SEBELUM ini kerajaan pusat sudah berkali-kali memberitahu pihak pentadbiran kerajaan negeri Selangor terutama kepada Khalid Gagap berkenaan krisis air yang bakal berlaku jika tiada sebarang tindakan drastik yang dilakukan oleh Menteri Besar ini. Pelbagai perancangan terpaksa dibuat oleh Kementerian Pusat untuk membantu rakyat Selangor yang akan tersepit kerana ketiadaan air menjelang tahun 2014.

Pada hujung minggu yang lepas Khalid telah menyatakan projek naik taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 di Kuala Selangor dijangka akan siap sepenuhnya pada 31 Mac ini dengan bekalan air bersih akan bertambah.

Dalam kenyataan Khalid di www.selangorku.com turut mengesahkan yang kawasan Klang tidak akan lagi mengalami gangguan bekalan air selepas ini. Laaa... Pusing lagi ke Khalid ni? Dulu bukan dia sendiri yang cakap ke negeri Selangor tiada masalah air. Kalau ada gangguan air je ini semua fitnah dari UMNO. Tak kan kejap sangat nak buat U-turn kot. Mana satu yang betul ni? Kat Selangor sebenarnya ada masalah air ke tidak? Itu belum lagi aku nak sentuh pasal gangguan air kat Ampang dan Pandan.

Menurut laporan media pakatan Selangor itu lagi, projek yang menelan belanja hingga RM50juta itu dijalankan kerana loji tersebut tak dapat mengeluarkan air terawat dalam kadar yang tinggi. Minta maaf Khalid, aku nak mencelah. Bukan ke sejak dari tahun 2010 lagi SYABAS dah bising pasal benda ni?

Khalid cakap “loji ini sepatutnya mampu mengeluarkan 950 JLH sehari tetapi hanya mengeluarkan 760 JLH sekaligus menyebabkan kekurangan bekalan air”. Patutlah orang-orang kat Klang ada gangguan air. Apasal dari dulu tak cakap terang-terang yang air tak cukup untuk semua orang tapi terus menyalahkan Syabas?

Ternyata Khalid tidak mengkaji terlebih dahulu tentang bidang tugas SYABAS serta syarikat konsesi air yang lain di Selangor. Asal ada masalah salahkan SYABAS. Asal ada masalah dengan SYABAS mulalah disalahkan UMNO pulak.

Untuk makluman Khalid Gagap bin Ibrahim, meh aku nak ajar sikit pasal industri air ni sikit. Jangan terus menuding jari kepada SYABAS jika terdapat masalah tak cukup air di Selangor. SYABAS hanyalah dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan air yang telah dirawat kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang. Paham tak Khalid sampai sini? Kalau air tu dah tak cukup untuk semua orang, Syabas nak salur ape? Tak faham jangan segan silu untuk bertanya.

Dalam kerisauan rakyat Selangor tentang krisis air yang berlaku, Khalid terus mengeluarkan idea bodoh dengan cadangan untuk membangunkan 'Hybrid Off River Augmentation System' (HORAS) dan 'River Bank Filteration'. Rasanya sejak 2010 lagi cadangan-cadangan ini telah dinyatakan dan telah pun disuarakan dalam sidang DUN, tapi hingga ke saat ini tiada lagi pelaksanaan yang telah dibuat. Satu pun belum beb! Kalau betul Khalid serius nak buat semua ini, dah lama dah siap dan kerajaan pusat tak akan campur tangan dalam isu air ini. Kenapa baru sekarang ditimbulkan semula? Dah tu baru nak buat kajian pulak. Sepatutnya masa sekarang ini adalah pelaksanaan, bukan lagi masa nak buat kajian.

Khalid meneruskan bodoh sombongnya dengan tidak meluluskan pembinaan loji Langat 2 sebab nak buat benda ni lah. Tapi cadangan yang masih dalam tahap kajian Khalid ini semua adalah bersifat pelan jangka pendek. Tak kira lah gunakan HORAS ke, River Bank Filteration ke, semua ini masih menggunakan sumber air mentah yang sama. Tidak menyeluruh dan sumber air Selangor mungkin akan habis dengan cepat dari yang kita jangkakan.HORAS masih gunakan air sungai Selangor, begitu juga dengan River Bank Filteration masih juga menggunakan air sungai Selangor untuk pengaliran. Nanti cepat kering air sungai ni. Mana sumber yang baru??

Itu sebab lah kita mendesak supaya kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran Khalid meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang bersumberkan dari air sungai Pahang. Ini bukanlah sebab PM duduk sana, maka Selangor kena ambil air dari sana. Ini kerana air sungai Selangor memang dah nak kering totally. Berapa juta rakyat pulak kan yang gunakan air kat Selangor dan Lembah Klang ni. Ingat Khalid, rakyat makin hari makin bertambah. Kita perlukan sumber air yang baru untuk meneruskan kelangsungan hidup. Maka sumber air dari Pahang adalah paling sesuai dan bersifat jangka panjang.

Kalau dulu Khalid syorkan ambil air dari Terengganu dan lepas tu dari Perak. Tapi bila minggu lepas apabila Negeri Sembilan mengulangi kesediaan untuk memberi bantuan bagi mengatasi masalah air terawat di Selangor, Kerajaan Selangor menolak mentah-mentah tawaran tersebut.

“Selangor boleh jaga diri sendiri, oleh itu Negeri Sembilan tidak perlulah susah-susah. Selangor sudah lama bersedia untuk menghadapi sebarang krisis air seperti yang dijangka itu.”

Kata air di Selangor cukup , sekarang u-turn lah pulak cakap dah lama bersedia untuk menghadapi sebarang krisis air. Kalau semua perancangan masih di peringkat cakap-cakap jer, rasanya persediaan apa yang telah dibuat? Lori tangki air dan baldi???

Khalid tolong jangan terlalu ego dalam mentadbir. Kadang-kadang Menteri Besar ni bukan semuanya pandai dalam semua perkara. Minta nasihat pakar air, kalau setakat minta nasihat Faekah si penjual air liur baik lupakan. Pergi bagi taklimat air tapi yang keluar ceramah politik haprak!

Sampai bila rakyat Selangor nak dihantui oleh krisis air 2014? Sampai kiamat???

1 comment:

  1. salam perjuangan, mohon pautkan blog sy disini

    http://perakrawk.blogspot.com/

    sy telah pautkan blog tn/cik disana

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...