Konco-konco ku

Wednesday, August 8, 2012

PAKATAN BERBALAH! NEGERI PAKATAN PILIH TEMA HARI MERDEKA BERBEZA!


Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri Pulau Pinang akan menggunakan tema 'Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Kenyataan Guan Eng itu menafikan dakwaan Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali Mustafa yang berkata, Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'

Mustafa juga turut memaklumkan Kelantan dan Terengganu juga memilih tema sendiri 'Terus Berbakti' dan 'Menerajui Perubahan' yang berbeza dengan tema rasmi diputuskan Pakatan Rakyat (PR).

Bermakna hanya Selangor satu-satunya negeri yang akan mengguna tema rasmi Pakatan itu. - MindaHijrah

Pada 2 Ogos, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua Pakatan mengumumkan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema rasmi Pakatan bagi menggantikan 'Janji Ditepati', tema rasmi kerajaan persekutuan.

Tema pakatan itu dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tema yang dipengerusikan oleh Datuk A Samad Said.

Menurut A Samad yang juga pengerusi bersama BERSIH, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' merupakan tema yang paling sesuai dan merupakan denyut nadi rakyat.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Tema yang sesuai untuk negeri negeri PR adalah kepala butuh bengkok depan belakang boleh

    ReplyDelete

comment please.....