Konco-konco ku

Sunday, August 12, 2012

PAK SAMAD SUDAH MULA TUNJUKKAN SINDROM NAZAK!!

Makin hari makin kesian JB tengok Pak Samad yang kehulur kehilir mencari publisiti murahan di dalam blog-blog pakatan mahupun kerajaan sendiri memandangkan mukanya sudah tidak ada lagi di dalam media arus perdana.

Bukan kerana tidak sepopular dulu tetapi kerana kebiadapan beliau yang menampakkan diri untuk mengganggugugat keamanan negara yang tercinta. Jika boleh JB pandai bermain kata, mungkin dapat merungkai apa yang terbuka dibenak sanubari insan tua ini.

Akan datang Pak Samad mula mempopularkan dirinya dengan penganjuran majlis sambutan merdeka 'Janji Bersih' yang akan dibuat di Dataran Merdeka. Memandangkan pada Bersih 3.0 yang lalu mereka tidak dapat menguasai dataran maka pada hari merdeka akan datang beliau berjanji akan menjadikan dataran itu sebagai hak beliau dan 26 NGO yang lain.

Malang apa lah yang menimpa Malaysia mempunyai sasterawan negara yang tidak pernah pun mengundi dan tiba-tiba muncul sebagai hero demi rakyat kononnya. 

It's all about politics.


1 comment:

  1. Politik di Malaysia memang kotor. Yang sedihnya, orang Melayu yang disenangi oleh British sebagai "the gentleman of Asia" jugalah bangsa yang paling hebat memiliki pangkat PHD!!! Melayu suka cari pasal & bergaduh dengan bangsa sendiri, sedangkan bangsa asing amat membela & menyayangi bangsa mereka sendiri. Ke manakah arah Melayu di Malaysia?
    - Anak Melayu Tanjung & Melayu Temasik

    ReplyDelete

comment please.....