Konco-konco ku

Sunday, August 12, 2012

AKHIRNYA TAMRIN TERMAKAN HASUTAN PAS!!

Akhirnya Tamrin sudah terbuka hati untuk menerima PAS sebagai wadah perjuangan untuk menyucikan hatinya yang hitam. Selepas puas menjaja dan mengeji UMNO dengan pelbagai tuduhan dan fitnah maka beliau telah mengambil langkah selamat untuk ke syurga dengan menempah tiket syurga ekspres melalui parti konon Islam, PAS.

Malam tadi di khabarkan yang Tamrin telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hadi Awang di KUIZM Taman Melewar. Maka semakin kuatlah bala tentera pimpinan Lim Kit Siang dan DAP untuk meneruskan 'jihad' menjatuhkan kerajaan Islam sedia ada.

Maka akan tertunailah janji PAS semasa mula-mula bergabung dengan DAP supaya menghancurkan UMNO dan Islam semata-mata mahukan kuasa dan merampas Putrajaya serta Malaysia. Gerakan dakwah kristianisasi akan terus mekar di bawah kerajaan pakatan.

Apa-apa pun JB mendoakan supaya Tamrin tidak akan menyesal dengan penglibatannya untuk menggugurkan syahadah para syuhada' terdahulu.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...