Konco-konco ku

Wednesday, August 1, 2012

TERKINI!! GABUNGAN NGO NEGERI SELANGOR SERAH MEMORANDUM KEPADA JAIS!!

Sebentar tadi telah berlangsungnya himpunan secara aman penyerahan memorandum kepada JAIS atas ketidakpuasan hati rakyat Selangor mengenai Tazkirah berunsur politik di masjid dan surau dalam bulan Ramadhan.

Himpunan yang dapat mengumpulkan beberapa pertubuhan NGO dari Selangor seperti GAPS, PERKASA, JATI, WARIS MALAYA, IKDDAS, TIBAI dan GMP mendesak supaya tindakan yang sewajarnya patut diambil oleh JAIS atas pelacuran masjid oleh ahli politik yang berceramah di dalam tempat suci itu.

Sdr. Hamidzun, Presiden GAPS, menyatakan JAIS wajar memantau masjid dan surau dengan lebih rapat serta menyiasat setiap aduan dan rungutan ahli kariah dan mengambil tindakan tegas menurut undang-undang.

"Kami menyokong penuh agar masjid adan surau mesti dijadikan rumah untuk beribadat dan bebas dari sebarang unsur politik. Masjid dan surau harus menjadi medium untuk menyatukan umat Islam walaupun mereka berbeda pandangan dan ikutan politik."

Beliau menegaskan lagi yang rakyat Selangor sentiasa mendoakan agar masjid dan surau di Selangor bebas dari pengaruh politik, aman makmur dan sejahtera sebagai rumah Allah paksi penyatuan dan perpaduan ummah.

2 comments:

  1. hah ! nasib baik bukan di masjid jamek batu 14 puchong. kalau ada pasti akulah org pertama akan lambung penceramah keluar masjid rendam dlm kolam !!! pa wau kap ya mim kap !!!

    ReplyDelete
  2. layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2 , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...