Konco-konco ku

Saturday, August 4, 2012

GEMPAR!! DATUK AHMAD SAAD TINGGALKAN PERKASA KERANA PERKAUMAN!!


Sah! Datuk Ahmad Saad telah meletak jawatan sebagai YDP Perkasa Pulau Pinang. Beliau bercakap di sidang akhbar petang tadi di Route 69 Bandar Perda. Beliau menjelaskan kenapa dia mengambil keputusan ini adalah kerana perjuangan di dalam PERKASA sudah tidak relevan buat masa sekarang.  Pemimpin Melayu mesti memimpin kaum lain di Malaysia. itu yang menjadi tunggak utama dalam falsafah beliau. 

Kronologi yang membawa beliau untuk mengambil tindakan ini adalah kerana Datuk Ahmad Saad telah membuat rombakan besar besaran di atas kepimpinan PERKASA negeri Pulau Pinang justeru itu telah menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin termasuk pemimpin pusat.  Tindakan pemimpin2 PERKASA di negeri terlalu agresif menentang kaum lain amat lah di kesali. 

Datuk Ahmad Saad berpendapat untuk menang piliharaya pada PRU13 kita kena buat baik dengan semua orang. Beliau tidak boleh menerima seorang pemimpin yang tidak konsisten dalam tindakan, adakalanya mahu membantu kerajaan dan adakalanya di suruh membangkang kerajaan dan yang lebih teruk di suruh menentang kaum lain. Ini lah antara penyebab beliau tidak mahu lagi bersama  dalam perjuangan perkasa. 

Pemimpin Islam yang baik kena jaga semua kaum seperti mana yang di lakukan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib. Ini lah pendekatan yang boleh di terima oleh semua kaum.  

1 comment:

  1. ternyata ada juga orang yang masih paham hidup kat negara yang berbilang kaum,perkasa terlajak agresif dalam tindakanya,aku setuju kat dtk saad ni.jangan membuta tuli dan hantam kromo dalam berpolitik kalau nak menang.jangankan dengan lawan ngan setanpun harus kawan dalam politik.minggu lepas ada pengurus bahagian nak masuk umno tapi ditolak pasal dp curiga nak duit.apa bodoh ye ni orang.

    ReplyDelete

comment please.....