Konco-konco ku

Tuesday, August 28, 2012

JIKA NASHA DIPECAT MAKA PAS DALAM DUNIA KEGELAPAN BERSAMA DAP!!


Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Lagi cerita di SINI.

1 comment:

  1. Kih, kih, kih, kalau dah bangang tu simpanlah sendiri diam-diam. Tak payahlah jadikan orang bangang macam kau jawa yang bangang. Kih, kih, kih,.................................

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...