Konco-konco ku

Monday, August 20, 2012

PANAS!! KECEWA DENGAN PAS, BENDERA GERGASI DITURUNKAN!!

Akibat kecewa dan mula benci kepimpinan PAS yang seolah-olah mendiamkan diri bila mana Ustaz Nasha dihina dan di fitnah dengan bermacam tohmahan, ada segelintir ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati telah menurunkan bendera PAS seperti dalam gambar di atas.

Gambar ini diambil di salah sebuah taman perumah di Selangor atau lebih tepat lagi di Puncak Alam, Kuala Selangor. Rentetan isu-isu luaran dan dalaman parti yang semakin jauh terpesong, ada ahli PAS yang semakin berang dengan permainan dan angan-angan PAS yang terkubur sejak menjerumuskan diri dalam kancah Pakatan Haram.

"Langkah mayat saya dulu." itulah ungkapan yang sering digunapakai oleh Presiden DAP, Karpal Singh setiap kali PAS melaungkan ungkapan hudud di Malaysia. Adakah ini yang dinamakan demokrasi bila umat Islam ingin menegakkan hukumnya maka dilarang dengan keras oleh individu OKU ini?

Berhentilah bermain permainan politik yang bakal menghancurkan gelaran parti Islam ini. Janganlah dibiarkan Islam itu dipijak oleh golongan kafir harbi yang terus terusan ingin menghancurkan dan menenggelamkan Islam di Malaysia. 

Tiada larangan dalam menegakkan Islam dalam UMNO, jangan menuduh UMNO bukan Islam kerana 100% ahli UMNO adalah Islam dan Melayu tiada terkecuali. Jika kita tidak kuatkan bangsa bagaimana hendak kuatkan syiar Islam. Bersatu dahulu sebelum terfikir tegakkan agama Islam. Fikirkan.

2 comments:

  1. kalaulah semua pencacai PAS sedar akan persepakatan, alagkah megahnya bangsa Melayu hari ini. bukan saja mempertahan dan menegakkan Islam malah hak keistimewaan orang Melayu yang semakin tercabar juga dapat dipertahankan.

    ReplyDelete
  2. Apa nak buat.pencacai pas sentiasa anggap diorg lebih islam dan pasti masuk syurga berbanding org umno yg jauh lebih besederhana mengamalkan islam.slagi diorg msih ujub dgn diri sendiri dan x nak terbuka hati utk muafakat dan bersatu hati sesama islam.selagi itula diorg akan trus tnggelam dlm ketaksuban

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...