Konco-konco ku

Sunday, August 5, 2012

@abby_abadi112 NAK KAHWIN DENGAN NORMAN BALIK PUN LANTAK DIA LA!!

Kecoh la Malaysia ni dengan dunia politik artis. Semenjak artis yang konon sudah bertaubat ni masuk parti politik yang konon Islam tu, bertambah hangat suasana politik semasa. Ditambah dengan kebimbangan pihak pakatan yang mahu memenangani PRU kali ini kerana mahu berkuasa menguasai Putrajaya.

Tapi sedarkah kalian yang sebenarnya artis masuk parti politik lebih-lebih lagi kalau ikut parti konon Islam ni ada agenda tersembunyi. Pertama, mungkin dia nak mendekati golongan yang konon bersih hati dan terus menjadi calon suami. Kedua, mungkin yang paling ketara adalah ingin menjadi wakil rakyat walaupun dahulunya tidak pernah ambil kisah langsung pasal politik.

Kisah Abby, Bob Lokman, Leman dan Hairie Othman yang semakin hari, semakin popular dipentas-pentas PAS mengutuk dan menghina kerajaan sedia ada sungguh retorik di pandangan JB. Kenapa JB kata begitu? Sebab bekas artis ni tidak boleh meninggalkan tabiat mereka sebagai artis walau telah tidak berlakon sekalipun. 

Mereka tetap meraih populariti, tetap mempromosikan diri dan lebih dahsyat terus membuat kontroversi atau mereka gosip untuk diri mereka terusan diingati oleh para peminatnya. Sampai konon dah berhenti jadi artis pun tetap nak popular. Konon nak bantu parti tapi sebaliknya. Phuiiii.....

No comments:

Post a Comment

comment please.....