Konco-konco ku

Friday, August 3, 2012

PANAS!! BUDIMAN DAN KOMUNITI CINA SEKINCHAN 'SERANG' MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM!!

Pagi tadi sebilangan pemimpin masyarakat Cina Sekinchan telah hadir bersama Sdr. Budiman Zohdi, Pengerusi SERANG ke Pejabat Majlis Daerah Sabak Bernam untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan penyelewengan yang dilakukan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ke atas Pangsapuri Damai Sekinchan.

Penerangan yang mengambil masa lebih kurang 2jam itu merungkai dengan lebih dalam berkenaan penglibatan ADUN Sekinchan itu dengan syarikat yang membeli kesemua unit rumah pangsapuri terbabit tanpa mengiklankan tender tersebut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim digesa agar tidak lari dari tanggungjawab dan menyelesaikan segala kekeliruan berhubung isu penjualan Pangsapuri Damai. Beliau sebelum ini tidak menjawab persoalan yang diketengahkan mengenai isu penjualan pangsapuri tersebut.

Pengerusi Sekreteriat Orang Muda Selangor (Serang) Budiman Mohd Zohdi berkata, Suee Lim perlu menjawab persoalan tersebut memandangkan beliau masih memegang jawatan sebagai Adun di kawasan tersebut.

"Beliau harus sedar tanggungjawab beliau sebagai Adun dan tidak lepas tangan terhadap persoalan-persoalan yang masih menjadi tanda tanya," katanya. Menurut Budiman, penduduk mempertikai mengenai kuota bumiputera dalam penjualan pangsapuri tersebut yang dilihat tidak adil dan berat sebelah. Tambahnya, penjualan pangsapuri tersebut di bawah harga pasaran juga tidak relavan dan beliau seharusnya memberi penjelasan berhubung persoalan ini.

"Sebagai Adun, beliau perlu menerangkan sendiri mengapa perlu pangsapuri tersebut dijual dengan harga di bawah pasaran dan mengapa penduduk tidak diberi peluang bagi memiliki rumah tersebut,"katanya.

Menurut Budiman, dia berharap agar Suee Lim tidak memandang isu ini seperti dipolitikkan ini kerana isu perumahan merupakan isu rakyat melepasi sempadan politik. Semua orang berkeinginan memiliki rumah sendiri atas sebab itu penduduk Sekinchan mesti diberi peluang memiliki rumah tersebut. 

Tambahnya,sejak akhir-akhir ini juga dapat dilihat terdapat beberapa isu yang tidak dijawab sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

"Sebagai contoh adalah isu Talam Corperation dimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak mahu mengulas lanjut dan memberi kenyataan berhubung isu tersebut,"katanya.

Menurut Budiman,penjelasan Suee Lim adalah penting berikutan penduduk mengharapkan penjelasan daripada pihak beliau sendiri. Beliau tidak boleh lari dari tanggungjawab kerana beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan (PADAT). 

Walau pun beliau bukan merupakan Ahli Majlis tentulah sesuatu yang pelik apabila beliau tidak mempersoalkan tindakan Majlis Daerah menjual aset tersebut. Budiman berkata, sebagai wakil rakyat, Suee Lim harus memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat berbanding perkara lain bagi memastikan penduduk mendapat hak serta keadilan.

2 comments:

  1. kawan kita jugalah wak,dah bagi peluang untung berjuta tiap musim,tak nak tolong politik kat kawasan,jangankan tolong orang kampong,layatpon tak pernah,macam mana tu wak bernam.aku ingat ajk juga tu wak.hantam ng sui boleh tapi betulkan juga kawan sendiri,apa guna dtk seri bagi peluang bisnis kalo tak buat tolong akar umbi.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete

comment please.....