Konco-konco ku

Monday, August 20, 2012

RIBUAN PENYOKONG PAS AKAN HILANG JIKA USTAZ NASHA KELUAR PARTI!!

PAS kini dihimpit dengan permainan sendiri yang telalu mengagungkan rakan baiknya dalam pakatan iaitu DAP atau lebih tepat lagi Karpal Singh. Seperti meminggirkan kepimpinan ulama' yang dilaungkan dahulu dan membangun bersama Islam, PAS yang ada sekarang menampakkan kepincangan dan masalah dalaman sendiri dalam saf kepimpinan PAS pusat.

Tidak terkejut jika ribuan lagi ahli PAS akan turut serta bersama-sama Nasharudin Mat Isa jika bekas Timbalan Presiden PAS ini keluar parti seperti mana yang dapat dilihat fenomena pemecatan Hasan Ali satu ketika dahulu. Maka, akan terkuburlah kepimpinan ulama' PAS yang ingin ditegakkan sejak sekian lama.

Idea penubuhan negara Islam yang disarankan oleh PAS adalah hasil usaha pimpinan terdahulu yang lebih menjurus ke arah ulama' dan kini segalanya telah berubah setelah tampuk kepimpinan tertinggi pusat dalam PAS sudah tiada lagi kepimpinan ulama'. Yang tinggal hanyalah golongan konon profesional yang juga merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim dahulu.

Di mana pendirian PAS dalam soal menegakkan negara Islam, kebajikan dan hukum hudud? Karpal yang terus bersuara lantang acap kali mengeluarkan kenyataan yang terang menolak pelaksanaan negara Islam dan hudud. Apakah ada agenda tersembunyi yang cuba digerakkan oleh Presiden DAP ini?

JB juga tidak menolak kemungkinan desakan demi desakan yang ditujukan kepada Ustaz Nasa akhirnya akan membuatkan beliau fed-up dan keluar dari PAS bersama segerombolan ahli-ahlinya yang lain. Fikirkan.

8 comments:

  1. sekadar pandangan...
    Penulis menulis untuk merayu kepada ahli UMNO agar lupakan hasrat menarik masuk Ustaz Nasha ke dalam UMNO. Ini adalah kerana jika Ustaz Nasha keluar PAS, UMNO mungkin menambah keahlian Ustaz nasha dan 1,000 atau 10,000 ahli dan penyokong PAS sahaja. Yang elok, beliau berada di dalam PAS dan membuat langkah untuk menjadi Presiden PAS (mencari jalan). Jikalau Ustaz Nasha menjadi Presiden, peratusan PAS keluar Pakatan Rakyat atau menyertai parti komponen BN ataupun bergabung dengan UMNO, cerah melangit.
    sila baca ulasan saya di nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. demokrasi memebenarkan siapa saja yang mendapat sokongan majoriti untuk menentukan haluan!

    kalau itulah halnya, waima pelakon boleh menentukan hala tuju sebuah perjalanan kalau mendapat sokongan majoriti.

    renung-renungkan

    ReplyDelete
  3. KAHKAHKAH.......WEI JAWA BERNAM...KO INGAT PAS NI BARU SEHARI DUA KE????....JANGANKAN RIBUAN...PULUH RIBUAN SEKALIPUN..DIALU2 ALUKAN KELUAR PARTI...MENYUSAHKAN JE ADA PENGKHIANAT PERJUANGAN DALAM PARTI...MASUK PARTI NAK NAMA DAN WANG...JANGAN HARAPLAH...MASUK UMNO LA!..KAHKAHKAH

    ReplyDelete
  4. aku nak tanya....berapa ribu ahli pas follow hasan ali??????.....

    ReplyDelete
  5. pak ndak.... aku mmg seetuju sangat la ngan komen hang tuh.... MEMANG PAS BUKAN BARU SEHARI DUA WEI... TAPI APA YG DOK DIPERJUANGKAN SELAMA NI... MASIH LAGI KABUR DAN (MALAS NAK CAKAP LA...)... BETUL GAK NAK NAMA DAN DUIT BAIK MASUK UMNO... SEMEMANGNYA SELAMA NIE PUN, YG DOK DAPAT NAMA & DUIT MMG ORG UMNO PUN... TU YG ORG HANGPA DOK JELES KAN... ABIH DUIT AHLI PAS HANGPA KUTIP, TAPI PI MANA HA DUIT TUH????? TOLONG JAWAB...

    ReplyDelete
  6. Melayu berbalah sebab perlaksanaan hudud. Dengan alasan hudud melayu terbahagi 2. Bila hudud ditentang terang-terangan oleh bukan islam melayu pun masih berbalah. Berbalah dan terus berbalah. Tidak pernah mungkin dengan berbalah boleh mencapai satu matlamat yg sama. Berdamai la. Semoga Allah memakbulkan doa2 insan yg ikhlas memperjuangkan islam. Amin. Nama ku o.f

    ReplyDelete
  7. sbb tu artis berebut2 masuk Pas sbb nak duit... dalam sebulan tak tau lah berapa kali buat ceramah dan usung tin biskut/plastik sampah mintak duit...
    rakyat plak yg kena derma tanggung utk pemimpin2 maksum dan parti depa pelikk...sepatutnya pimimpin/parti depa yg kena fikir mcm mana nak bagi duit atau kesenangan pada rakyat.. ini tak..lagi disakaunya duit rakyat cukup2, sbb tu pemimpin2 depa hidup senang lenang..
    ada artis yg baru masuk agama Pas pun dah pandai usung plastik sampah mintak duit...
    masuk Pas anda pasti hidup senang...

    ReplyDelete
  8. mana yg dia nk join bia la...Dia pemimpin..tau mna yg sesuai...umno ke pas..sama je..klu nk kaya atau nama pokok pangkal dr Allah..jadi pemimpin yg ikhlas..isyaallah ok..

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...