Konco-konco ku

Thursday, August 2, 2012

'SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA', TEMA HARI MERDEKA LAGI RETORIK!!

Tema Hari Merdeka Pakatan Haram nampaknya dilihat semakin retorik dan begitu politik kerana puak pakatan ini hanya pandai mereka ayat yang sedap untuk menarik minat rakyat walaupun rakyat tahu yang pakatan haram ni semua penipu dan janji yang mereka tabur tidak pernah ditepati sepertimana kerajaan di bawah PM Najib Tun Razak.

Tetapi sedarkah yang pakatan tema dan logo hari merdeka yang mereka konon reka itu adalah ciplak semata-mata. Blog Armand Azha ada pendedahannya di SINI.

Se-Bangsa, Se-Negara, Se-Jiwa - Rakyat Bangkit! Adakah memang tiada satu pun unsur politik di dalam tema ini? Adakah pakatan betul-betul bebas dari sifat politik dalam penentuan tema hari merdeka mereka?

Adakah "Se-" bukan bermaksud SATU? Kira macam 1Malaysia jugaklah ni. "Rakyat Bangkit" vs "Janji DiTepati". Nampaknya penggunaan slogan "Rakyat Bangkit" adalah lebih cenderung kepada politik pakatan yang mengharapkan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan yang kerap "Janji DiTepati".

Habis kenapa perlu bising dengan tema dan logo hari merdeka yang disarankan oleh KPKK sedangkan tema dan logo dari pakatan lebih bersifat retorik dan munafik kerana menggambarkan yang mereka benar-benar mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui pengaruhnya terhadap rakyat.

Fikirkan.

1 comment:

  1. Biasa komunis dan sosialis aje yang suka pakai lambang penumbuk ni.

    ReplyDelete

comment please.....