Konco-konco ku

Wednesday, August 1, 2012

DEDAH!! @abby_abadi112 BAKAL BERKAHWIN!! ZUL BERI NASIHAT!!



Tak habis lagi rupanya cerita abby yang hot ni. Selepas masuk PAS dan kutuk kerajaan dengan bermacam fitnah. Lepas tu kena turun bala pulak kononnya kontrak jadi duta tudung ditamatkan angkara politik keterlaluan abby, padahal syarikat tu sendiri mengesahkan yang kontrak abby tidak pernah dibatalkan.

Cerita terbaru yang JB dengar pula adalah abby akan berkahwin pada bulan Disember tahun ini dengan jejaka (jejaka ke?) pilihannya dan desas-desus turut kedengaran yang jejaka pilihan abby itu bukanlah Zul kekasih hati lama tetapi seorang Ustaz dari parti konon Islam iaitu PAS sendiri. Kira dari SYURGA yang sama la ni. 

Dan buat abby lebih tersentap apabila EX-BF nya Zul Ariffin telah menghentam abby secukup rasa kerana perubahan melampau abby yang sudah tak dikenalinya lagi. Perubahan yang berlaku pada abby cukup besar dan perbezaan antara abby dulu dan sekarang berbeza cuma yang sama hanyalah kelantangan mulutnya dalam menghambur kata-kata hina dan caci maki.

**********************
Bekas teman lelaki Abby Abadi, Zul Ariffin, memberitahu dia sebenarnya tidak terkejut dengan tindakan Abby yang sangat lantang melontarkan pandangan. 


Jelas Zul, Abby yang dikenalinya memang seorang yang berani menyuarakan pendapat jika percaya dengan sesuatu isu.


“Sebenarnya saya tidak berapa tahu tentang penglibatan Abby dalam parti politik ini. Terdengar orang bercerita sahaja. Tapi saya tahu dia sudah memakai tudung sebab dia banyak memuat naik gambarnya di laman sosial Facebook dan Twitter. 


Kalau mahu saya komen tentang kelantangannya menyuarakan pendapat, saya rasa itu bukan satu perkara yang memeranjatkan. 


Abby memang begitu. Dia berani suarakan pendapat. Cuma saya tidak sangka pula dia ingin membabitkan diri dalam bidang politik. 


Ketika kami berkawan dulu, dia tidak pernah pula sebut tentang itu,” ujar Zul yang ditemui ketika majlis berbuka anjuran Astro Shaw dan Tayangan Unggul pada Selasa.


Dalam masa yang sama, jejaka berusia 26 tahun ini juga menyatakan dia percaya Abby tahu yang terbaik untuk dirinya. Namun, kurang bersetuju dengan pandangan Abby tentang masa depan industri hiburan di bawah pentadbiran pucuk pimpinan sekarang ini.


“Susah juga hendak komen tentang perkara ini. Masing-masing pasti punya pendapat sendiri. Namun,saya kurang bersetuju apabila Abby kata artis bertudung seperti dia pasti susah hendak mendapat tawaran berlakon andai pucuk pimpinan sekarang masih menerajui pentadbiran negara. 


Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Mereka ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka. 


Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung. 


Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain. Mungkin lebih baik jika Abby tidak mencampurkan urusan politik dengan industri hiburan,” ujar Zul lagi. 

2 comments:

  1. Riak....di hati..
    Riak....di hati..
    Riak....di hati..
    Riak....di hati..
    Riak....di hati..
    Riak....di hati..
    Riak....di hati..
    Riak....di hati..

    Nak jadi wanita solehah tak perlu nak muatnaik gambar ke FB, Twit dll. Ya Allah, Ya Tuhan kami.. Buka pintu kesedaran umat Muhammad SAW. Jauhi kami dari azab neraka. Jauhi kami dari fitnah org2 munafik.
    AMIN..
    AMIN..
    AMIN..
    AMIN..
    AMIN..

    ReplyDelete
  2. Amacam bro....ada BAU KA?sudah LUNYAI makcik ni...atas bawah berbau...betul x bro??lalalala

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...