Konco-konco ku

Sunday, August 26, 2012

FATHUL BARI AJAK NIK AZIZ BERDEBAT ISU HUDUD!!

Kecoh pasal hukum hudud. Fathul Bari Mat Jahaya, Pengerusi ILMU berpendapat adalah wajar sekiranya para ilmuan Islam di Malaysia duduk berbincang tentang perlaksanaan hukum hudud yang menjadi kebimbangan kepada pemimpin parti bukan Islam. 

Justeru, Fathul Bari mempelawa Nik Aziz supaya berbincang terlebih dahulu dengan para ilmuan Islam yang lain supaya hukum hudud ini tidak akan menjadi satu isu yang boleh menjurus kearah Islamophobia di Malaysia.

Beliau turut menyelar supaya pemimpin PAS memberhentikan kenyataan hukum hudud versi UMNO dan versi PAS kerana dalam Islam tidak ada versi yang berlainan lebih-lebih lagi jika dipecahkan kepada parti politik.

Pemimpin utama pakatan juga terutama dari PAS sendiri telah menyatakan yang hudud tidak sesuai lagi dilaksanakan buat masa ini dan mereka juga menggesa supaya Nik Aziz tidak lagi menggunakan sentimen hudud sebagai modal politik dan boleh memecahbelahkan pakatan.

Manakala gesaan Nasharudin Mat Isa yang meminta PAS keluar dari pakatan merupakan pandangan peribadi beliau sendiri dan mantan Timb. Presiden PAS bersedia menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan kepada beliau dalam Majlis Syura pada 9 September ini.

Karpal yang begitu lantang menolak hukum hudud masih lagi menunggu kenyataan balas dari Nasharudin Mat Isa malah telah memfailkan kes fitnah anti-Islam kepada beliau. Karpal sedang menunggu waktu untuk menentang perlaksanaan hukum Islam jika ada mana-mana pemimpin PAS yang bercakap soal itu. Ternyata Karpal dan DAP anti-Islam dan anti-Melayu.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...