Konco-konco ku

Saturday, August 4, 2012

TANTAWI SI PENIPU BESAR!! KARPAL TIDAK PERNAH TERIMA HUDUD!!

Tempoh hari ketika debat antara Nasharudin Tantawi dan Fathul Bari, Ketua Pemuda PAS ini menyebut yang Karpal Singh sudah berubah hati dan telah menerima hudud sebaik diterangkan oleh kepimpinan ulama' PAS. Beliau menyebut lagi yang jika dulu Karpal berkata "langkah mayat saya dulu jika hendak tegak hukum hudud," kini segalanya telah terbukti yang sebenarnya DAP tidak pernah menerima PAS sebagai rakan dalam pakatan.

Walau Karpal waima Lim Kit Siang juga tidak pernah terfikir hendak menerima cadangan PAS dalam menegakkan hukum hudud di Malaysia jika Pakatan berjaya merampas Putrajaya. Ini fakta.

Dan sebentar tadi di dalam berita Buletin Utama, Karpal menegaskan kembali yang hudud hanyalah mimpi PAS dan mereka tidak akan bersetuju sama sekali berkenaan idea PAS yang begitu bersungguh dalam menarik pengundi Islam menyokong mereka.

Tantawi ada komen??

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...