Jangan tertipu dengan raut wajah seperti Melayu. Jangan tertipu dengan dengung dan dialek cara percakapan mereka. Kerana wajah, dialek, cara berjalan dan segala-galanya ada sama dan tiada bezanya. Itulah yang berlaku di Indonesia. Sehinggakan bacaan Bible dalam Gereja juga sudah diterjemah dan dibacakan dalam bahasa Arab dan mengikut qiraat bacaan Al-Quran penuh bertajwid mengikut sanad seperti Muslim yang membacanya.
Lebih menarik lagi, dalam satu upacara rasmi sekolah tersebut, Bible dibaca mengikut rentak al Quran jadi hal ini mungkin boleh mengelirukan umat Islam, terutama mereka yang tidak memahami bahasa Arab.
Hal ini berlaku di Indonesia, dan tidak mustahil perkara yang sama berlaku di Malaysia.
Mari kita tetapkan ukhuwah dan menolak penyeberan agama Kristian secara terang di Malaysia. Tolak parti dan entiti yang memperjuangkan agama Kristian ini. Jika tidak mahu Melayu hanya tinggal nama.
Ayuh sedarkan ahli-ahli PAS, Ayuh sedarkan ahli-ahli PKR yang beragama Islam dan masih mengaku Melayu. Jangan kerana mengejar kuasa, bangsa dan agama ditinggalkan.
jangan asal salahkan Indonesia!!
ReplyDelete