Konco-konco ku

Thursday, August 23, 2012

PANAS!! PKR PENANG LETAK CALON CINA GANTI DAP!!

Panas semakin terik apabila parti komponen dalam pakatan haram sudah semakin keliru dengan tindakan dan strategi masing-masing yang mula memakan diri. Tidak mendoakan kehancuran seperti Nik Aziz, cuma berharap yang PAS kembali sedar dengan asal usul perjuangan setiap rakan partinya dalam pakatan.

DAP tidak pernah hendak mengalah atas sikap anti-Islamnya. PKR tidak mahu kalah kepada dua rakan sekutunya dan hendak terus berkuasa menjadi parti dominan dalam pakatan. Manakala PAS pula dilihat semakin hilang arah tujuan dalam slogan "membangun bersama Islam".

PKR Pulau Pinang telah meletakkan calon dari kaum Cina untuk bertanding pada pilihanraya 13 akan datang memandangkan mereka melihat yang DAP menerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng sudah melampau dan terlalu angkuh dalam merebut harta dan kuasa di Pulau Mutiara tersebut.

Akibat dari rasa tidak puas hati, Datuk Mansor Othman, Ketua PKR Penang dalam minit mesyuarat telah merancang untuk meletakkan calon-calon dari kaum Cina sebagai langkah berjaga-jaga jika DAP cuba membolot kesemua kerusi di Pulau Pinang.

Dalam kes ini, PAS juga yang terhimpit antara dua parti ini kerana sudah nampak di Pulau Pinang yang PAS sendiri telah disingkirkan dari pakatan. Dan yang lebih mustahak adalah calon PAS dinafikan haknya untuk bertanding di Pulau Pinang kerana Guan Eng hendak menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri Kristian pertama di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...