Konco-konco ku

Thursday, August 2, 2012

KEBEBASAN BERPOLITIK CARA A. SAMAD SAID DI DEDAH!!

Dulu kita begitu mengagungkan insan berjiwa seni ini sehingga mengangkatnya menjadi Sasterawan Negara. Hasil dari bakat dan bait-bait puitis beliau yang berjaya merobek hati nurani setiap insan yang mendengar dan membaca barisan puisi nukilan insan bersejarah ini. Kini, semuanya hanyalah tinggal sejarah yang tak mungkin kembali.

Tidak berkata yang masuk parti politik di bawah pakatan hari ini adalah jahat, dan tidak pernah terdetik dihati mengatakan individu yang bernaung di bawah barisan adalah yang terbaik. Itu semua hanyalah lakonan politik berpandukan kepada kerajaan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Agak tersentuh juga bila ada seorang hamba Allah telah mengirimkan sepucuk surat untuk A. Samad Said. Berfikir dan analisa apa yang dikatakan dalam surat seorang yang pernah rapat dengan Sasterawan Negara ini. Benarkah A. Samad Said yang melaungkan politik bersih tidak pernah mengundi walau umur sudah mencecah lebih separuh abad?


Assalamualaikum Pak Samad,

Masih Pak Samad ingat puisi yang Pak Samad berikan kepada saya 10 tahun dahulu (10 Jun 2003), Pak Samad Kata "Jika Bukit Menjadi Gunung, Gunung Menyuburi Rimba, Jika Sakit Mendorong Menung, Menung Merangsang Dewasa, Lorong Hidup Banyak Cabarannya".

Pak Samad tentu lupa bagimana peritnya hidup di Kota Singa, sehingga di mata Pak Samad sudah biasa melihat wanita-wanita menjual tuboh raga mereka, untuk sesuap nasi. Apa Pak Samad sudah lupa bagaimana Pak Samad harus menerobos jantung Kota Singa, terutama ketika Zaman Jepang melanggar pusat kota, mengambil segala macam harga diri. Jika tidak Pak Samad sudah tentu tergolong dalam golongan pengemis, lintah darat, nasib baik Pak Samad segera membawa diri ke ibu kota Tanah Melayu, Kuala Lumpur yang indah.

Kini Pak Samad memasuki Lorong terakhir. Lorong yang Pak Samad tidak ada bedanya dengan rencana Pak Samad tahun 50an, ketika orang bersastera karena masyarakat, Pak Samad bersastera karena seni. Akhirnya Pak Samad asyik termenung panjang, sakit kerana terlalu lama termenung. Pak Samad mengapa perlu termenung lagi, Kota Singa sudah 50 tahun kita tinggalkan. Wanita Salina itu sudah lama kerepot, sudah lama mati agaknya, usah Pak Samad bermimpi dia datang lagi.

Dalam puisi itu Pak Samad menyebut lagi, "Jika Rakit Menjadi Kapal, Kapal Meningkat bahtera, Jika Bangkit Melawan Gagal, Gagal membibit Hemah, Landas Hidup Banyak Tuahnya".

Mana mungkin mimpi dan igauan lama Pak Samad boleh membina Kapal sebesar bahtera Nabi Nuh, sedangkan rumah tangga Pak Samad tidak mampu bertahan lama. Kini Pak Samad bersama segala macam petualang negara yang mahu menjual negara ini atas nama kebebasan sebangsa, mengumpulkan segala macam igauan lama Pak Samad menjadi satu jiwa yang bersatu dengan Pak Samad dan orang tua yang Pak Samad lihat-lihat saja di lorong Kota Singa tanpa membuat apa-apa, Inikah jiwa-jiwa yang hendak disejiwakan. Semua ini berontakan jiwa mu yang tidak pernah tenang.

Mana perginya petikan guitar anak mu yang bernama Az itu. Dia hilang membawa dirinya jauh dari kebobrokan ciptaan Pak Samad yang tidak mungkin Pak Samad boleh gapai sama panjang dengan Ambiga dan Nga Ngeh itu. Pak Samad sangat kecil dan pendek untuk berada di atas mereka, mana mungkin sejiwa menjadi sebangsa jika selepas PRU13. Diri Pak Samad, bangsa Pak Samad, saudara Pak Samad yang mengucap La Ilaha Illallah Muhammad Dar Rasulullah dibuang dipinggirkan dihumban di tepi longkang. Sama seperti keadaan rumah sewa Pak Samad di Kota Singa yang ditampal-tampal dengan paku-paku berkarat dan papan-papan lusuh yang kita sama-sama pungut di tepi jalan. Ada Lee Kuan Yew peduli kita? Lee Kuan Yew kata kita Melayu rakyat bodoh dan pemalas? Itulah juga suara Chen Man Hin, LKS dan LGE yang Pak Samad puja itu!

Apakah pemerintah durjana Singapura ada membantu kita, Tidak Pak Samad! Malah kita dihumban di lembah kemiskinan dan wanita-wanita Melayu dibiarkan Melacurkan harga diri dan jiwa-jiwa mereka. Jiwa mereka menangis pun Pak Samad tak mampu tolong melainkan hanya tulisan-tulisan English Nice Pak Samad yang Pak Samad bukukan untuk menjadi Sasterawan Negara. Itulah Pak Samad yang saya kenali, menipu di dalam seni karena segenggam ringgit. Jika tidak mana mungkin hendak mogok seni begitu-begitu saja, melainkan sudah mendapat suapannya menyambung semula.

Pak Samad mahu berdebat dengan saya? Apa tema Pak Samad, Sehati Sejiwa Berdansa? Sebangsa Senegara Sejiwa? kenapa bukan Seni Untuk Seni? Kenapa bukan Seni Untuk Masyarakat? Kenapa tidak Bersihkan Bangsa, Bersihkan Negara, Bersihkan Jiwa?

Bersih 3.0 Pak Samad itu saya 100 persen menolaknya? Karena saya tahu Pak Samad jua tidak sebersih Bersih. Sudah berapa kali negara kita Pilihanraya? Pak Samad Pernah kah Mengundi? Anak Bini Pak Samad pernahkah mengundi? Sila jawab dengan benarnya, Betul atau Tidak? Maka bagaimana Pak Samad bisa bercakap Bersih untuk Pilihanraya sedangkan diri dan keluarga Pak Samad sendiri tidak menunjukkan kepekaan itu! Senang berkata, mudah menulis, sukar melaksanakannya Pak Samad, bukankah Pak Samad dalam puisi di atas menyebut Hidup ini banyak cabarannya.

Saya berhenti di sini dahulu, saya tidak sanggup membongkar segala macam penyelindungan diri yang Pak Samad lakukan demi ringgit-ringgit dari mana pun. Jika Pak Samad mahu berdiskusi dengan saya silakan, jika mahu berdebat dengan saya mari kita bentang tikar bicara, bangsa Malayu tidak perlu tunduk kepada sebangsa pembohong, bangsa Melayu tidak harus tunduk kepada jiwa-jiwa yang berbuih kosong, negara ini negara bertanah, dan tanah itu Tanah Melayu!!!

Salam Hormat,

Aku Yang Kau Kenali
Kota Singa.

4 comments:

  1. Kesian pak samad di hujung usia tersandung tersungkur tercium punggung2 pkr dap dan sebangsa dg nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian,xpnh mgundi rupenye.jd balaci jela,pulangkn blk gelaran datuk tu.wat malu je.

      Delete
  2. aku pun meluat tengok pak samad ni..dah lah janggut macam rabai yahudi.islam tak suruh simpan janggut macam tu pak samad oii!!
    balik singapore lah pak samad oi.kami tak nak seniman macam kau.

    ReplyDelete
  3. kesian sungguh kpd org ini, keluarganya (anak2 dan isteri2) dia x ada yg menegur ke? dipergunakan olh musuh negara yg pd usia mudanya dulu yang dilawannya...

    ReplyDelete

comment please.....