Konco-konco ku

Tuesday, July 3, 2012

KHALID AKAN DEDAH KEWANGAN UNISEL SELEPAS PRU-13!!!


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mendedahkan kedudukan kewangan Universiti Selangor (Unisel) setelah laporan diaudit bulan depan.

Malah, beliau berjanji untuk mengumumkannya kepada umum tentang akaun yang tidak pernah diaudit sejak lima tahun dahulu.

"Malangnya akaun Unisel tidak pernah diaudit langsung sejak 5 tahun lalu, oleh sebab itu saya cuba untuk menyelesaikan akaun itu, kita ada rekod sepanjang 5 tahun..saya berharap jangan spekulasi dan kita akan umum bila ia sudah sedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Bajet Selangor 2013 "Selangor Peneraju Ekonomi Negara" di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mendesak Khalid mendedahkan kewangan terperinci termasuk jumlah tunai dan hutang universiti milik kerajaan negeri Selangor itu.

Beliau berkata gesaan tersebut bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel kini sedang menanggung kerugian.
   
"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya.
   
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Unisel dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu untuk digantikan dengan pemimpin dari PAS dan PKR.

Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai anggota Lembaga Pengarah universiti itu. - AP

No comments:

Post a Comment

comment please.....