Konco-konco ku

Saturday, July 14, 2012

INSPEKTOR MAZLAN AJAK INSPEKTOR ALEEZA BERDEBAT ISU POLIS!!

Nampaknya kes pergaduhan antara Abby Abadi (Inspektor Aleeza) dan A.C. Mizal (Inspektor Mazlan) berterusan dengan adegan cabar mencabar seperti yang kita pernah lihat dalam lakonan mereka dalam drama dan filem Gerak Khas. Mungkinkah mereka mahu berlakon kembali? Adakah mereka cuba menarik perhatian Datuk Yusuf Haslam supaya siri Gerak Khas dirakamkan kembali?

Baru-baru ini, Dato' AC Mizal dalam laman twitternya mencabar Ustazah Abby Abadi berdebat secara terbuka berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Ustazah Ekspress PAS itu iaitu berkenaan PDRM yang dikatakan zalim dan tidak berhati perut.

AC yang juga anak polis begitu terkesan dengan dakwaan AB itu yang memburuk-burukkan PDRM kepada umum, lebih-lebih lagi semasa AB turut menghadiri demo membebaskan tahanan ISA di Kem Kamunting tempoh hari. Mungkin AB telah lupa bagaimana peranan polis sepertimana yang pernah beliau lakonkan dulu.

Maklumlah sekarang profesion sudah bertukar kepada ustazah bidang ugama. Jadi semua yang berkenaan kekejaman maka akan ditujukan kepada kerajaan semata-mata. Fikirkan.

1 comment:

comment please.....